Ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee terpaksa membuat pertukaran saat akhir sebelum skuad bola sepak Sukan Asia 2018 berlepas ke Jakarta, Indonesia, petang ini apabila menggugurkan pemain tengah Felda United, Danial Amier Norhisham, 21, kerana kecederaan.

Bagi melengkapkan senarai akhir 20 pemain pasukan Malaysia B-23 ke Sukan Asia 2018 itu, Kim Swee memasukkan semula nama pemain pertahanan PKNS FC, Rodney Celvin Akwensivie, 22, yang terdahulu digugurkan ketika senarai pemain diumum, petang semalam.

“Selepas berbincang dengan pihak doktor dan melihat keadaan Danial Amier pada latihan pagi tadi, kami mendapati yang kecederaan pangkal paha (groin) yang dialaminya mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk pulih sepenuhnya.

“Jadi, memandangkan masa suntuk menjelang dua perlawanan awal bertemu Republik Kyrgyz pada Rabu (15 Ogos) dan Republik Korea pada Jumaat (17 Ogos), saya memerlukan pemain yang lebih cergas untuk diturunkan walaupun diakui posisi tengah agak kekurangan pemain.

“Tapi saya harus juga memikirkan secara keseluruhan pasukan yang mana kesemua 20 pemain yang dibawa ini harus berada dalam keadaan yang cukup baik dan cergas untuk diturunkan bila-bila masa.

“Jadi dengan kekosongan yang ditinggalkan Danial Amier itu, saya mengambil keputusan untuk menyenaraikan semula Rodney bagi melengkapkan senarai akhir 20 pemain,” kata Datuk Ong Kim Swee, hari ini.

Berikut adakah senarai akhir terkini 20 pemain skuad Malaysia B-23 bagi Sukan Asia 2018 di Jakarta & Palembang, Indonesia:

BIL NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

HAZIQ NADZLI

20

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

DOMINIC TAN

21

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

SAFAWI RASID

21

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

ADAM NOR AZLIN

22

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

SYAFIQ AHMAD

23

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

ADIB ZAINUDIN

23

JOHOR DARUL TA’ZIM II

7.

HADI FAYYADH ABDUL RAZAK

18

JOHOR DARUL TA’ZIM II

8.

BADDROL BAKHTIAR *

30

KEDAH

9.

RIZAL GHAZALI *

26

KEDAH

10.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

22

KEDAH

11.

AKHYAR RASHID

19

KEDAH

12.

IRFAN ZAKARIA

23

KUALA LUMPUR

13.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

22

KUALA LUMPUR

14.

FAISAL ABDUL HALIM

20

PAHANG

15.

KOGILESWARAN RAJ

20

PAHANG

16.

RODNEY CELVIN AKWENSIVIE

22

PKNS FC

17.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

19

KELANTAN

18.

SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

23

PERAK

19.

TOMMY MAWAT BADA

22

PJ RANGERS FC

20.

SYAHMI SAFARI

20

SELANGOR