Kelab Guangzhou Evergrande dilaporkan sudah menyelesaikan proses mendapatkan kewarganegaraan China untuk seorang pemain mereka yang dibawa masuk dari Peru musim lalu, Roberto Siucho.

Beberapa laporan media China menyatakan bahawa Roberto Siucho telah menerima pasport antarabangsa China yang memberikan petunjuk bahawa beliau telah melepaskan kerakyatan Peru yang dipegangnya sebelum ini.

Pemain yang berusia 22 tahun itu, memiliki susur galur keturunan dari China melalui datuknya yang merupakan seorang warga China berasal dari daerah Xiangshan, Guangdong.

Bekas pemain skuad U17 dan U20 Peru dalam beberapa kejohanan di Amerika Selatan itu akan menggunakan nama Xiao Taotao mulai musim 2020 selepas menerima kerakyatan China.

Menyertai Guangzhou Evergrande pada Januari 2019, beliau telah dipinjamkan ke sebuah kelab lain Shanghai Shenxin sementara menunggu semua dokumen proses mendapatkan pasport China diselesaikan.

2JMHGXASVZEIXAG7TOSUI6ROPY

Dijangka beliau akan kembali ke Guangzhou Evergrande untuk merebut tempat dalam skuad utama pasukan itu dalam musim 2020 ini.

Sebelum terbang ke China, Roberto Siucho beraksi dengan akademi remaja pasukan Universitario dan dinaikkan ke skuad utama pada tahun 2013. Beliau melakukan penampilan pertama bersama kelab itu ketika masih berusia 16 tahun.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

FA Thailand Umumkan Hak Penyiaran Thai League Akan Dipegang Konsortium Syarikat Tempatan Dan Antarabangsa.

Pemain Pertahanan Juara AFC Cup 2019, Khalil Khamis Sertai Pasukan Pahang FA Musim 2020

Mohammed Ghaddar Ceritakan Perbezaan Liga Lubnan Dengan Liga Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group