Pengurus skuad kebangsaan Itali, Roberto Mancini tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya apabila melihat perkembangan karier bekas anak didiknya, Mario Balotelli tidak menunjukkan perkembangan positif seperti diharapkan.

Dilabel sebagai antara penyerang berbakat besar pada peringkat awal kariernya, Balotelli yang kini berusia 31 tahun itu bagaimanapun kelihatan bergelut untuk membuktikan kualiti hebat dimilikinya.

Dikenali sebagai seorang pemain yang tidak pernah lari daripada kontroversi, Balotelli turut melakukan perkara sama sewaktu bersama pasukan baharunya, Adana Demirspor apabila beliau bertindak memberontak ketika dikeluarkan di minit ke-56 pada aksi liga bertemu Konyaspor.

Beliau jelas begitu berang dengan keputusan tersebut sehingga membuatkannya memukul rakan sepasukannya tanpa sengaja.

https://twitter.com/FootballlForAll/status/1431674678461050883

Sehubungan dengan itu, Mancini tanpa berselindung mengakui kecewa melihat perkembangan pemain yang pernah bekerjasama dengannya ketika membimbing Inter Milan dan Manchester City itu.

“Saya bekerja dengan Balotelli ketika dia masih sangat muda dan dia bermain dengan sangat baik,” ujar Mancini menurut laporan Football Italia.

“Dia masih merupakan pemain yang hebat dari segi teknik. Dan jangan lupakan bahawa dia berusia 31 tahun, jadi dia seharusnya berada di puncak karier.”

“Jelas sangat mengecewakan bagi kami semua yang secara peribadi mengenalinya sebagai pemain dalam lima hingga enam tahun terakhir, di mana dia masih tidak mampu melakukan apa yang seharusnya dia lakukan,” tambah Mancini lagi.

Ifedayo Dedikasi Pencapaian Hebat Buat Rakan Sepasukan, Penyokong Selangor

Sudah Atasi ‘Masa Sukar’, Thiago Kini Lebih Yakin Untuk Bantu Liverpool

Ultras Tranung Beri Amaran Kepada Seorang Ejen, “Jangan Biarkan Parasit Dekati Pasukan”