Peledak berbisa kelahiran Poland, Robert Lewandowski mungkin telah mengecapi pelbagai perkara hebat dalam kariernya dan sudah pastinya Bayern Munich amat bertuah memiliki penyerang prolifik sepertinya.

Selain trofi Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab FIFA yang pernah dimenanginya, Lewandowski turut menjadi sandaran utama Bayern Munich di jentera serangan dalam menjulang tujuh kejuaraan Bundesliga sejak menyertai kelab tersebut pada musim 2014/15.

Keadaan tersebut juga membuatkan Lewandowski cukup gembira dapat menjadi sebahagian daripada sejarah hebat dilakarkan Bayern Munich.

Namun, di sebalik rasa gembira dapat bersama kelab Bavaria tersebut, Lewandowski nyata masih belum berpuas hati dan tanpa berselindung mengimpikan untuk menikmati cabaran baharu dalam kariernya.

Kenyataan itu dikeluarkan Lewandowski menurut sumber laporan Sky Sports dimana beliau berhasrat untuk menyertai salah sebuah kelab ternama di Eropah sebelum usianya mencecah 35 tahun.

Dengan usianya akan menjangkau 33 tahun pada Sabtu ini, Lewandowski mempunyai tempoh setahun sahaja lagi untuk merealisasikan impian yang pasti membuatkan banyak kelab mengimpikan bagi mendapatkan khidmat beliau.

Sepanjang bersama Bayern Munich, Lewandowski telah meledakkan 297 jaringan pada 331 penampilannya dalam semua pertandingan yang disertai kelab tersebut.

Memasuki musim baharu juga menyaksikan beliau sudah mencetak tiga jaringan dalam dua perlawanan selepas beliau menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan pembukaan Bundesliga 2021/22 bertemu Borussia Monchengladbach.

Sementara itu, dua gol lagi terhasil pada perlawanan DFL Supercup bertemu Borussia Dortmund yang mana Bayern Munich menang dengan keputusan 3-1.

Selain aksi tangkasnya di padang dalam merobek gawang lawan, Robert Lewandowski juga tidak melupakan pelajarannya apabila beliau kini sudah memiliki Ijazah Sarjana [Master] dalam Pendidikan Jasmani di Warsaw’s School of Education in Sport.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Jose Mourinho Yakin Dengan Kemampuan Tammy Abraham

Bruno Fernandes: Pogba Mampu Cipta Enam Bantuan Gol Dalam Satu Perlawanan

Gerard Pique Dedahkan Bukan Beliau Sahaja Bersetuju Untuk Potong Gaji

Sumber