Kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung mungkin akan memilih Malaysia sebagai lokasi perlawanan ‘panas’ dalam saingan Liga 1 Indonesia musim ini menentang musuh tradisi, Persija Jakarta.

Menurut ketua jurulatih Persib Bandung iaitu Robert Albert, selain Malaysia, Singapura juga menjadi destinasi kedua perlawanan itu jika tidak mendapat stadium yang sesuai.

Perlawanan tersebut sepatutnya diadakan pada 26 Oktober ini di Stadium Kapten I Wayan Dipta di Bali tetapi ia tidak dapat digunakan kerana kelab Bali United akan menghadapi satu perlawanan menentang Barito Putera pada keesokan harinya.

Malah, mereka juga tidak dapat mengadakan perlawanan itu di halaman sendiri di Stadium Si Jalak Harupat kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak polis atas faktor keselamatan.

2018_09_24_54526_1537759087._large
ANTARA FOTO/Novrian Arbi (Antara/Novrian Arbi)

“Kami belum dapat maklumat rasmi mengenai venue perlawanan itu dan ia tidak dapat berlangsung di Bali kerana kelab lain (Bali United) juga ada perlawanan penting di sana.

“Kami mungkin akan bermain di Singapura dan Malaysia. Banyak orang Indonesia di Malaysia dan Singapura. Penyokong Persib juga ada di sana. Jadi, tiada masalah. Cuma di sini, kami bingung nak pakai stadium yang mana,” katanya Alberts seperti dipetik dalam portal bola sepak Indonesia, Bola.com.

Albert
FOTO: Celebes Online

Persib dan Persija adalah seteru utama di Liga 1 Indonesia dan perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan tersebut sering menjurus kepada pergaduhan besar. Malah, perlawanan itu pernah mencetus kontroversi hangat sehingga menyebabkan kematian seorang penyokong Persija.

Gara-gara kerana tindakan penyokong Persib membelasah seorang penyokong Persija Jakarta iaitu Haringa Sirila sehingga maut pada bulan oktober tahun lepas, pihak Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menjatuhkan hukuman paling berat kepada kelab gergasi dari Bandung itu.

Menurut laporan daripada media indonesia, Tribunnews, Persib Bandung dihukum bermain di luar Pulau jawa (kalimantan) tanpa penonton dalam saingan Liga Indonesia  sehingga setengah musim dalam saingan Liga Indonesia 2019.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Indonesia yang mungkin anda terlepas pandang.

Liga Indonesia Liga Paling Kejam Di Dunia?

Akibat Tertelan Lidah, Pemain Liga Indonesia Ini Nyaris Meninggal Dunia

Sukar Terima Kekalahan, Simon McMenemy Kritik Liga Indonesia

Sumber