Skuad Vietnam U23 kembali dari kejohanan AFC U23 Championship 2018 dengan penuh bangga apabila berjaya mengejut Asia, apabila meraih gelaran naib juara dalam kejohanan yang berlangsung di China itu.

Menurut sumber dari Vietnam, skuad bimbingan Park Hang-seo menerima durian runtuh berjumlah VND 23 billion (RM3.88 juta) dari pelbagai pihak selepas pencapaian hebat mereka di China, membuktikan bahawa Vietnam mampu menggegar kuasa bola sepak Asia yang lain.

Dari jumlah tersebut, Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menyumbangkan VND3.6 bilion (RM616,876), Vietnam Professional Football Join Stock Company (VPF) & Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Sukan VND1.5 bilion (RM256,795), dan VND3.2 bilion (RM547,939) dari Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Vietnam.

20180131120209-1

Selain dari itu, semua pemain dan barisan staf kejurulatihan skuad U23 Vietnam juga menerima pakej pelancongan istimewa di resort mewah serta menerima sumbangan kewangan dari pelbagai pihak yang lain untuk menyertai kursus-kursus latihan pada masa akan datang bagi meneruskan kesinambungan kejayaan pada kali ini.

Prestasi Sepanjang Kejohanan AFC U23 Championship 2018

Vietnam telah diundi dalam kumpulan D bersama-sama Australia, Korea Selatan dan juga Syria.
Dalam perlawanan peringkat kumpulan D, Vietnam mencatatkan keputusan 1 kali menang, 1 kali seri dan 1 kali kalah.

Tewas kepada Korea Selatan dalam perlawanan pembukaan 1-2, mengejutkan Australia 1-0 dan seri 0-0 bertemu Syria, membolehkan mereka mngumpul 4 mata dikedudukan naib juara kumpulan.

Pada peringkat suku akhir, Vietnam telah bertemu Iraq dan selepas 90 minit kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 3-3. Vietnam meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir apabila menang pada penentuan sepakan penalti 5-3.

rre4hj0p2cdiqk9o5lbn

Salah sebuah pasukan gergasi Asia, Qatar menanti Vietnam diperingkat separuh akhir, namun sekali lagi Vietnam berjaya mengikat pasukan lawan dengan keputusan seri 2-2 ke penentuan sepakan penalti. Vietnam menang 4-3 dan mara ke perlawanan akhir.

Dalam perlawanan akhir, Vietnam bertemu Uzbekistan dan sekali lagi nyaris mengulangi skrip yang sama namun, Uzbekistan berjaya menjaringkan gol pada minit ke 120, minit-minit akhir masa tambahan selepas seri 1-1, tamat 90 minit permainan seterusnya menyekat perlawanan dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti.

Tewas 1-2 kepada Uzbekistan tetapi Vietnam telah membuktikan kepada negara-negara Asia yang lain terutamanya Asia Tenggara bahawa tidak mustahil untuk sebuah pasukan kerdil menumbangkan gergasi Asia.