Skuad bola sepak wanita Thailand, mengesahkan tempat ke saingan Piala Dunia Wanita 2019 di Perancis, selepas berjaya menewaskan skuad Filipina 3-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan kejohanan AFC Piala Asia Wanita 2018 yang berlangsung di Amman.

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Somyot Poompunmuang menghamburkan pujian kepada skuad bimbingan Nuengrutai Srathongvian kerana berjaya mara ke Piala Dunia.

30689217_10155515756447333_8299258184728576000_n

“Saya mahu mengucapkan tahniah kerana layak untuk beraksi dalam kejohanan FIFA Piala Dunia Wanita 2019 di Perancis, semoga kejayaan bersama anda semua”.

Pengurus pasukan kebangsaan wanita Thailand, Nualpham Lamsam, memberitahu skuad itu akan diberikan bonus khas bernilai THB20 juta atau sekitar RM2.48 juta sebagai penghargaan keatas usaha yang diberikan oleh semua pemain dan jurulatih.

Filipina Selangkah Ke Piala Dunia Wanita 2019

30571320_1897080280336903_1156138465176322048_o

Bagi skuad bola sepak wanita Filipina pula, mereka masih berpeluang untuk menyertai Thailand ke Piala Dunia, apabila akan bertemu Korea Selatan dalam penentuan slot terakhir bagi Zon Asia. FIFA telah menetapkan bahawa AFC diberikan 5 slot ke Piala Dunia.

Dalam kejohanan AFC Piala Asia Wanita 2018, 4 pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir akan layak ke saingan Piala Dunia, manakala 1 lagi slot akan ditentukan melalui 1 perlawanan play-off diantara pasukan tempat ke 3 kumpulan A dan kumpulan B.

Sumber