Mulai musim 2018, menyedari kepentingan membangunkan bakat-bakat muda, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah mula melakukan pelbagai usaha untuk memajukan liga-liga diperingkat lebih rendah untuk membuka lebih banyak peluang pemain-pemain Thailand beraksi.

3 hari lalu piak FAT dan sebuah bank tempatan, Government Savings Bank (GSB) atau dikenali dengan nama Aomsin telah mencapai persetujuan untuk menaja Thai League 3 dan Thai League 4 dengan nilai 100 juta Baht (sekitar RM12.39 juta) selama 1 musim sebagai permulaan.

5

Kedua-dua buah liga ini telah diberikan perhatian serius oleh pihak FAT kerana Thai League 3 dan Thai League 4 merangkumi liga-liga di seluruh wilayah di Thailand dan ini adalah sangat penting untuk menyediakan satu platform yang kuat sebagai pendedahan kepada pemain-pemain diperingkat muda.

Dengan peningkatan penyertaan pemain-pemain muda dalam kejohanan liga bakal memberikan ‘option’ yang lebih luas kepada skuad kebangsaan serta memberikan peluang untuk mereka beraksi dalam perlawanan kompetitif.

92

Selain itu, kerjasama diantara FAT dan GSB turut bersetuju untuk mengadakan satu kejohanan yang bakal dikenali sebagai ‘The Savings Cup’ yang terbuka kepada semua pemain yang berumur dibawah 19 tahun. Tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk memberikan peluang serta peluang pemain berpotensi untuk mempamerkan bakat seterusnya membuka menarik minat kelab-kelab mengambil mereka sebagai pemain.

Dengan penajaan itu juga, kedua-dua buah liga itu akan dikenali dengan nama Savings Bank Pro League (Thai League 3) dan Savings Bank League (Thai League 4).

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group