Pemain sayap Manchester City, Riyad Mahrez tanpa berselindung mendedahkan bahawa beliau bernasib baik sepakan percuma yang diambil ketika bertemu Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21, awal pagi tadi berjaya menghasilkan jaringan.

Sepakan percuma diambil pemain kelahiran Algeria itu berjaya melepasi celah pemain tuan yang sekali gus menghadiahkan gol kemenangan 2-1 buat The Cityzens sebagai bekalan selesa menjelang aksi timbal balik, 5 Mei nanti di Stadium Etihad.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu bagaimanapun tersentak seawal minit ke-15 apabila ketua pasukan PSG, Marquinhos menanduk masuk bola bagi memisahkan kedua-dua pasukan.

Memasuki separuh masa kedua, Manchester City tampil dengan lebih kemas untuk mengikat kembali kedudukan menerusi Kevin De Bruyne yang mengelirukan penjaga gol, Keylor Navas sebelum Mahrez meledakkan gol kemenangan.

Berkongsikan kepada wartawan sebaik sahaja perlawanan tersebut selesai, Mahrez mengakui apa yang telah dirancangkan terhadap situasi bola mati itu tidak berhasil bagaimanapun nasib begitu menyebelahinya.

“Sejujurnya saya ingin melakukan sepakan bagi melepasi [atas] benteng yang dibina pemain PSG tetapi sayangnya tidak berjaya. Ia [sepakan] hanya sekadar di celahan antara dua pemain tetapi amat bernasib baik kerana ianya berjaya menghasilkan jaringan.”

”Saya berasa sangat gembira dengan jaringan ini, saya tahu kami mampu untuk meraih kemenangan di sini [Parc des Princes] dan menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-1 buat pasukan adalah sesuatu yang luar biasa,” ujar Riyad Mahrez menurut laporan Goal.

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester City di bawah:

UCL: City Hampiri Final Pertama, Pochettino Geleng Kepala Kesilapan Amatur Pemainnya

RASMI: Manchester City Tarik Diri Daripada ESL, Beberapa Kelab Lain Bakal Menyusul

EPL: Manchester City Ulangi Rekod 2017, Dan 15 Mata Di Atas United

 

Sumber