Pemain skuad kebangsaan Jepun, Ritsu Doan mencipta sejarah dalam saingan Liga Belanda apabila menjadi pemain Jepun pertama menjaringkan gol untuk kelab barunya iaitu PSV Eindhoven dalam Eredivisie.

Pada perlawanan liga menentang PEC Zwole Ahad lalu, pengendali PSV, Mark van Bommel meletakkan Doan di bangku simpanan. Pemain berusia 21 tahun ini kemudiannya dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan pemain sayap, Bruma.

Doan tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama pada penampilan sulungnya dimana beliau bijak memanfaatkan bola hasil hantaran daripada Steven Bergwijn. PSV berjaya menewaskan Zwole dengan keputusan 4-0.

Doan menyertai PSV bagi saingan musim 2019/2020 dimana beliau berhijrah daripada satu lagi kelab Eredivisie iaitu FC Groningen. Setelah beraksi selama dua musim secara pinjaman daripada Gamba Osaka, aksi cemerlang Doan berjaya memikat barisan kejurulatihan PSV sekaligus juara 24 kali itu menawarkan kontrak kepada pemain kelahiran Amagasaki ini.

PSV ketika ini menduduki tangga ke-2 di belakang seteru utama, Ajax Amsterdam dalam carta Eredivisie. Kedua-dua pasukan mempunyai mata yang sama iaitu 20 namun Ajax berada di puncak setelah dibezakan dengan perbezaan jaringnan.

Pada perlawanan liga yang seterusnya, PSV akan bertemu VVV-Venlo dan tidak mustahil Ritsu Doan akan diturunkan dalam kesebelasan utama selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan lalu.

Baca artikel lain mengenai pemain Jepun di Liga Eropah di sini:

Takefusa Kubo Sertai Real Mallorca Secara Pinjaman

2 Pemain Jepun Berusia 19 Tahun Jaringkan Gol Dalam Pembukaan Saingan Eredivisie

Takehiro Tomiyasu, Pemain Jepun Berusia 20 Tahun Sah Menyertai Kelab Serie A, Bologna FC 1909