Ketua jurulatih Melaka United, Risto Vidakovic tanpa berselindung mengakui beliau tetap berpuas hati dapat meraih satu pada pada aksi kedua Liga Super 2022 bertemu Penang FC, kelmarin.

Perlawanan di Stadium Bandaraya itu menyaksikan jaringan sendiri pemain Penang FC, Abdul Latiff Suhaimi pada minit ke-41 memadamkan jaringan pendahuluan pasukan tuan rumah menerusi Danial Ashraf Abdullah untuk kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1.

Satu mata yang diraih itu juga pastinya mengurangkan sedikit tekanan buat pengendali dari Bosnia tersebut selepas Melaka United tumpas 0-1 pada aksi sulung ketika kunjungan ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya bertemu PJ City.

Susulan dengan aksi yang ditampilkan pada pertembungan tersebut, Risto turut berasakan pasukannya secara perlahan-lahan sudah mula mendapatkan rentak meskipun gagal untuk meraih tiga mata penuh seperti diharapkan.

Kredit Foto: Melaka United

“Kami bermain lebih baik di separuh masa kedua dan terlepas beberapa peluang untuk memenangi perlawanan.”

“Sudah tentu kami mahukan tiga mata namun berdasarkan persiapan pasukan yang sedikit lewat malah 10 hari sebelum liga bermula, saya tetap gembira dengan persembahan pemain terutama pergerakan mereka dengan bola.”

“Keyakinan dalam pasukan ini belum begitu tinggi dan kami kena menang bagi menyuntik semangat pemain-pemain dalam harungi perjalanan musim ini, ” ujar Risto Vidakovic.

Aksi seterusnya yang bakal dihadapi Melaka United ialah perlawanan pusingan pertama Piala FA bertemu kelab daripada saingan Liga M3, PIB FC di Stadium Hang Jebat pada Sabtu ini.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Tiada Lagi Rumput Lembu, TMJ Taja Kos Penanaman Rumput Zeon Zoysia Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Zamsaham Senaraikan 7 Kebaikan Format Baharu Liga Super Musim 2023

Pemilik PSG Salahkan Pengadil Dan Serang Mereka Di Bilik Persalinan