Melaka United mungkin memulakan saingan Liga Malaysia musim 2022 dengan ketua jurulatih baharu apabila dikhabarkan mereka berminat untuk mengambil khidmat jurulatih dari Serbia iaitu Risto Vidakovic.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Stars, T.Avineshwaran dimana Vidakovic baru sahaja berpisah dengan kelab Indonesia, Borneo FC dan kini bergelar ejen bebas selepas empat bulan mengendalikan pasukan itu.

Vidakovic mempunyai pengalaman mengendalikan beberapa kelab di Asia selain Borneo FC seperti kelab Filipina, Ceres-Negros dari tahun 2016 hingga 2020 dan kelab Maldives, Maziya pada tahun lalu.

Ketika membimbing Ceres, jurulatih berusia 53 tahun itu membantu kelab tersebut memenangi saingan Liga Filipina (PFL) sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada musim 2017,2018,2019.

Vidakovic turut membantu Maziya memenangi saingan Liga Maldives pada musim 2020-2021 dimana kelab tersebut menjuarai liga dengan perolehan 34 mata, sembilan mata dihadapan Club Valencia yang menduduki tangga kedua.

Berita mengenai Risto Vidakovic yang dikaitkan dengan Melaka United ini nyata sedikit mengejutkan dimana ketua jurulatih semasa, Zainal Abidin Hassan membantu Melaka kekal dalam saingan Liga Super musim ini dan mara sehingga ke peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia pada musim lalu.

Risto Vidakovic
Sony Norde

Salah seorang pemain import pasukan, Sony Norde menyatakan salah satu sebab mengapa beliau kekal di Melaka dan menolak tawaran yang diberikan oleh Kedah Darul Aman dan Selangor adalah kerana faktor Zainal Abidin.

“Saya tidak rasa gaji itu sebagai satu masalah yang besar kerana kalau bukan sebab Zainal, pasti pada akhirnya saya akan berada di pasukan lain.”

“Sebagai contoh Kedah, setiap hari menelefon saya dan begitu juga Selangor. Saya memberitahu mereka untuk bersabar kerana saya menunggu status Zainal.

“Saya tandatangani kontrak untuk terus bersama Melaka United kerana saya tahu Zainal akan kekal dan ramai dalam kalangan pemain tempatan juga tandatangani kontrak demi Zainal Abidin Hassan,” katanya kepada Astro Arena.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Lim Teong Kim: Liga Di Peringkat Akar Umbi Satu Perkara Penting

Dua Pemain Filipina Sah Sarung Jersi JDT

Kim Byung-soo Calon Pilihan Untuk Kendalikan Skuad Harimau Malaya