Kem skuad kebangsaan Itali dan Portugal pastinya gusar dengan keputusan undian pusingan play-off Piala Dunia 2022 apabila kedua-dua negara telah diundi berada dalam laluan yang sama dalam usaha merebut salah satu daripada tiga slot terakhir bagi kuota Eropah.

Undian tersebut menyaksikan Itali akan berhadapan dengan Macedonia Utara manakala Portugal pula menanti cabaran Turki dimana kesemua negara itu diletakkan dalam laluan C.

Sekiranya dua negara yang pernah menjuarai Kejuaraan Euro itu berjaya menewaskan lawan mereka masing-masing, pertemuan sesama sendiri akan dapat disaksikan pada perlawanan akhir.

Dengan erti kata lebih jelas, pasukan yang tewas pada perlawanan akhir tersebut akan terlepas peluang untuk bersaing dalam kancah bola sepak paling berprestij di dunia itu.

Kredit Foto: UEFA

Sekiranya nasib tidak menyebelahi Itali, ia bakal menjadi kegagalan bagi dua edisi berturut-turut selepas The Azzurri gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Ketiadaan Portugal [seandainya tidak layak] juga pasti akan dirasai jika skuad yang cukup sinonim dengan Cristiano Ronaldo itu tidak menyertai kempen Piala Dunia di Qatar nanti.

Namun, tidak boleh diperkecilkan juga kemampuan Macedonia Utara dan Turki yang turut memiliki peluang untuk mengejutkan dua negara gergasi bola sepak dunia itu.

Sementara itu, laluan A pula menyaksikan Scotland akan bertemu Ukraine dan Wales menentang Austria manakala bagi laluan B, Rusia bakal menanti cabaran getir Poland serta Sweden bertemu Republik Czech.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Bekas Pemain Jadi Sandaran Ubah Nasib Perak FC?

Piala Malaysia 2021: Penantian Ke Final Kuala Lumpur City Dinoktahkan

Piala Malaysia 2021: Tiga Jaringan Pantas Pastikan JDT Bergaya Ke Final