Manchester United dilaporkan memandang serius dengan ‘aktiviti luar’ Mason Greenwood setelah penyerang itu terlepas aksi Sabtu ke Everton kerana sakit.

Pemain berusia 19 tahun itu tak dapat memulakan aksi di Goodison Park, kerana Solskjaer dikatakan tidak berpuas hati dengan penampilannya di pusat latihan, sebelum aksi sebenar.

United baru saja kembali ke UK pada awal pagi hari Jumaat, tetapi prestasi Greenwood di Carrington menimbulkan kebimbangan bahawa pemain itu tidak cukup tidur dan memberikan kesan kepada kecergasannya.

Laporan The Athletic menegaskan bahawa United menagih komitmen dan disiplin pemain itu, agar dia mengorbankan beberapa perkara dan keseronokan lain dalam hidupnya untuk United.

greenwood

Greenwood telah berada di bawah tekanan yang cukup besar musim ini setelah dia dan bintang muda Man City Phil Foden dihantar pulang dari tugas England pada bulan September kerana mengundang gadis ke hotel ke hotel pasukan.

Ia juga merupakan satu kesalahan melanggar protokol kesihatan dan keselamatan ketika covid-19.

Foden sudah dipanggil semula ke dalam pasukan England. Namun Greenwood masih gagal.

Oleh itu United dalam rangka untuk merombak sedikit klausa khas pada kontrak yang bakal ditawarkan kepada Greenwood.

Greenwood menjadi pemain penting United terutama sekali selepas mereka gagal mendapatkan Jadon Sancho.

Jika pemain itu terus dengan aktiviti yang membuatkannya tidak cukup rehat, maka ianya akan memberikan impak kepada masa depan pemain itu.

Baca juga perkembangan lain

Pemain 21 Tahun Ligue 1 Ini Minta Siapa Yang Tak Ada Duit Hubungi Dia

Klopp Dan Guardiola Bercakap Sesuatu Selepas Perlawanan, Ianya Berkaitan Dengan Pemain Gantian

EPL: Arsenal Kalah Lagi, Aubameyang Tak Ada ‘Shot’ Langsung