Manchester City kini berpotensi besar menamatkan musim ini dengan treble. Dan bakal menjadi kelab Inggeris kedua memenagi ‘big treble’. Treble yang melibatkan Liga Perdana Inggeris, UCL dan 1 piala domestik.

Dalam saingan EPL, City hanya 1 kemenangan sahaja lagi daripada kejuaraan. Mereka sudah menjuarai Piala Liga. Dan kini sudah berada di final UCL.

Gary Lineker menyatakan bahawa City kini hanya 1 perlawanan sahaja lagi daripada kejuaraan treble. Ia akan menjadi momen ikonik dalam sejarah kelab mereka.

Legenda Manchester United, Rio Ferdinand kagum dengan pencapaian City musim ini, tetapi menyatakan, jika Manchester City menamatkan musim dengan EPL, UCL dan Piala Liga, beliau menganggap itu bukan treble sebenar.

Ini kerana menurut Ferdinand, treble sebenar adalah seperti yang dicapai Man United pada 1999 iaitu dengan kejuaraan EPL, UCL dan Piala FA.

Ferdinand berkata: “Ianya bukan treble sebenar, tapi masih dikira pencapaian luar biasa,” kata Ferdinand.

“Mereka mencipta sejarah dan mereka melakukannya dengan aksi terpuji, dengan cara mereka bermain bola sepak. Dengar sini, saya bukan penyokong City, semua orang tahu perkara itu, tetapi saya seronok melihat mereka bermain bola sepak.”

“Mahrez, Foden, dan di sebelah lagi, Sterling. Mereka ada pemain seperti De Bruyne, Silva, Gundogan, mereka semua pemain luar biasa untuk ditonton.”

“Pertukaran gerakan, fluiditi, di mana cara mereka bermai adalah total, bola sepak total.”

Apa pandangan pembaca Vocket FC? Jika City menamatkan musim ini dengan 1 UCL, 1 EPL dan 1 Piala Carabao, adakah anda merasakan ia treble sebenar?

Baca juga artikel

UCL: Guardiola Dedahkan Rahsia Kemaraan City Kerana Percaya Pada Proses Sejak 5 Tahun Lalu

RASMI: Mourinho Pengurus Baharu Roma Musim Depan, Mahu Bina Projek Kemenangan Konsisten

United Sedia Tawar Kontrak Baharu, Raiola Mahu Pastikan Pogba Dapat Β£400K Seminggu