Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas pemain bek tengah Manchester United, Rio Ferdinand agak kesal dengan tindakan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan menentang Young Boys.

Di mana Ronaldo dilihat seolah olah bertindak seperti seorang pengurus, malah memberikan arahan kepada para pemain di atas padang.

Ronaldo bermula sebagai pemain kesebelasan utama. Namun bintang Portugal itu dikeluarkan pada minit ke-72 oleh Jess Lingard.

Ronaldo menjaringkan gol pada minit ke-13 untuk meletakkan pasukan United di hadapan.

Setelah dikeluarkan , Ronaldo tidak duduk diam di bangku simpanan. Dia malah berdiri di hadapan pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer. Ronaldo turut bersama sama dengan Ole, menjerit kepada pemain pemain di atas padang.

Ferdinand berkata kepada BT Sports: “Sekiranya saya menjadi pengurus, jujur, saya akan memintanya duduk.”

Rakan penganalisis Ferdinandn di studio, Peter Crouch menjawab dengan lebih santai. Menurutnya untuk seseorang seperti Ronaldo, peminat akan membenarkan tindakan sedemikian.

“Jika saya juga yang berada di bangku simpanan [sebagai pengurus], saya juga akan memintanya untuk duduk. Tetapi ya, dia adalah Cristiano, kita akan membiarkannya melakukan perkara seperti itu,” kata Crouch lagi.

Kenyataan Crouch membuat Ferdinand kemudian lebih berlembut dengan menerima hakikat bahawa Ronaldo adalah bintang yang sangat besar.

“Saya faham. Anda tahu, dengan Cristiano, orang berfikir ‘Oh itu sikap berani, itu demi peminat’. Dia adalah seorang yang bersemangat, dia mahu menang, dia benar-benar menginginkannya dan dia tidak dapat menahannya,” jelas Ferdinand.

Baca juga artikel

Ole Tak Puas Hati Pengadil Tak Beri Penalti Dan Jelaskan Pertukaran Lingard-Ronaldo

UCL: Nkunku Hatrik Namun City Menang Bergaya 6-3

UCL: Turunkan Trio Mbappe-Messi-Neymar, PSG Hampir Dimalukan Club Brugge

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group