Naib juara Liga Super 2020, Kedah kini dilaporkan sedang mencari  seorang pemain import dari Asia Tenggara bagi menggantikan tempat Amin Nazari yang tidak disambung kontrak.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu akan beraksi dalam saingan AFC Cup musim depan. Justeru itu, mereka memerlukan pemain import yang berpengalaman untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan berdepan pasukan terbaik di Asia.

Berdasarkan khabar angin di media sosial, dua pemain dari Indonesia dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Kedah iaitu pemain tengah skuad kebangsaan Indonesia iaitu Stefano Lilipaly dan Riko Simanjuntak.

Stefano merupakan pemain berdarah campuran belanda dan tonggak utama skuad kebangsaan Indonesia manakala Riko adalah bintang sayap Persija Jakarta serta mempunyai pengalaman beraksi di AFC Cup.

Kedua-dua pemain ini turut beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 beberapa bulan lalu.

Kedah sebelum ini pernah diperkuatkan oleh pemain dari Indonesia iaitu Andik Vermansyah pada musim 2018. Selain pemain Indonesia, mereka turut memantau beberapa pemain Singapura dan Vietnam.

Setakat ini, mereka hanya menandatangani seorang pemain import dari Lebanon, Rabih Ataya untuk kuota pemain Asia dan mengekalkan khidmat 3 pemain pada musim ini iaitu Kipre Tchetche, Kpah Sherman dan Renan Alves.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

JDT Umumkan Kerjasama Dengan Subway, Sebuah Kedai Akan Dibuka Di Stadium Sultan Ibrahim Tahun 2021

‘Safety Issue’ Stadium Sultan Zainal Abidin Punca Terengganu Guna SSINS Untuk AFC Cup 2021?

Tiga Pasukan Liga Super Berminat Dapatkan Khidmat R.Kogileswaran

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group