Richarlison akhirnya membuka mulutnya tentang pandangannya apabila Brazil tersingkir daripada Piala Dunia 2022.

Brazil yang tampil sebagai pasukan pilihan telah disingkirkan daripada pertandingan oleh Croatia menerusi sepakan penalti – pada peringkat suku akhir,

Richarlison menjadi antara bintang yang menyerlah sepanjang Piala Dunia 2022. Walaupun dia hampir hampir terlepas penerbangan ke Qatar selepas mengalami kecederaan, 2 minggu sebelum Piala Dunia 2022 bermula.

Penyerang yang turut bermain untuk Tottenham itu telah menjaringkan 3 gol untuk negaranya ketika kempen Piala Dunia 2022 di Qatar.

2 daripada golnya bersaing untuk gol tercantik pertandingan.

Richarlison malah turut meraikan gol dengan gaya ikonik bersama sama dengan rakan rakannya dan Tite – pengurus kebangsaan Brazil.

Richarlison kembali semula beraksi dalam Liga Perdana Inggeris. Dan terbaru dia menelan kekalahan bersama sama dengan Spurs dalam aksi Derbi London Utara menentang Arsenal.

Richarlison turut terlibat dalam insiden dengan Aaron Ramsdale di mana dia dilihat menonyoh kepala penjaga gol antarabangsa England itu.

Selepas tamat perlawanan, Richarlison turut ditanya tentang perasaannya ketika Brazil disingkirkan oleh Croatia dari Piala Dunia 2022.

Richarlison menyatakan bahawa, tersingkir daripada Piala Dunia adalah lebih perit daripada kehilangan ahli keluarga sendiri.

Richarlison dengan ringkas berkata: “Perasaannya, saya rasa tersingkir daripada Piala Dunia, lebih teruk daripada kematian ahli keluarga sendiri.”

Komen Richarlison itu mengundang pandangan berbeza. Mereka menganggap komen tersebut sebagai salah satu komen yang paling teruk mereka pernah dengar.

Bagaimana bola sepak lebih penting daripada nyawa ahli keluarga sendiri?

Seorang lagi berkata: “Pemikiran kelas ketiga daripada seorang pemain.”

Ada juga yang berseloroh: “Bergantung kepada ahli keluarga kamu yang mana. Namun memang diakui pedih untuk menerima penyingkiran daripada Piala Dunia sebagai penyokong Brazil.”

Selepas tersingkir daripada Piala Dunia 2022, Tite telah melepaskan jawatannya sebagai pengurus Brazil. Tite mengakui sangat kecewa dengan kegagalan mereka untuk mara lebih jauh dalam pertandingan tersebut.

Kini Brazil sedang mencari pengganti untuk pengurus tersebut.

Beberapa nama dikaitkan dengan jawatan di Brazil itu termasuk jurulatih dari luar Brazil iaitu Zinedine Zidane dan Jose Mourinho.