Declan Rice optimis bahawa England akan berjaya menewaskan Jerman untuk mara ke suku akhir Euro 2020.

Rice malah menegaskan bahawa, tidak ada apa yang harus digerunkan tentang Jerman. Kerana England sudah bersedia untuk menyingkirkan mereka daripada pertandingan kali ini.

Rice yang telah menjadi pemain kesebelasan utama dalam kesemua perlawanan di peringkat kumpulan, dijangka akan terus memainkan peranannya dalam aksi kali ini.

Rice berkata kepada wartawan: “Kenapa harus ada gentar? Jelas sekali mereka ada pemain pemain hebat, tetapi ini tetap sebuah perlawanan bola sepak.”

“Permainan 90 minit – kami juga ada pemain yang hebat untuk memenangi perlawanan ini – begitu juga dengan mereka.”

“Yang pasti, ini akan menjadi pertarungan sebenar dan perlawanan seperti ini adalah perlawanan yang kami sedia hadapi. Kami semua sangat positif dan sudah bersedia untuknya.”

Daripada 16 pasukan yang tinggal, England hanya menjaringkan 2 gol di peringkat kumpulan. Jumlah gol paling sedikit dari kalangan kesemua pasukan 16 terakhir.

Walaubagaimanapun, Declan Rice menegaskan bahawa mereka yakin keadaan itu akan berubah dan meminta peminat England tidak perlu risau akan perkara tersebut.

“Kami tidak risau tentangnya. Ianya dua gol, dan kami tahu pasukan ini boleh menjaringkan gol lebih banyak, terutama sekali dengan beberapa bakat bertaraf dunia yang kami miliki, gol itu akan hadir.”

“Saya yakin kita akan melihat lebih banyak gol [dari England] dalam beberapa pusingan akan datang.”

“Buat masa ini, berdasarkan bagaimana kempen kami dalam kejohanan kali ini, saya rasa kami sudah bersedia.”

Seterusnya Declan Rice juga menyatakan beliau sudah bersedia untuk mengambil sepakan penalti jika perlawanan ini diheret ke penentuan penalti.

Beliau mahu membalas dendam kekalahan England pada Euro 1996 – di mana mereka tewas di tangan Jerman dalam penentuan penalti pada peringkat separuh akhir.

Gareth Southgate menjadi pemain yang gagal menyempurnakan penalti dan memberikan kemenangan kepada Jerman.

Rice berkongsi cerita dia gagal menyempurnakan penentuan penalti dalam 3 pentas ketika di akademi Chelsea.

Beliau sudah berlatih penalti ketika di West Ham dan sedia untuk menggalas tugasan sekiranya diperlukan.

Baca juga artikel

Morata: “Keluarga Saya Diancam, Mereka Mahu Anak Saya Mati”

Copa America: Colombia Mahu Pengadil Digantung Kerana Menjadi Punca Gol Brazil

RASMI: UEFA Mansuhkan Sistem Gol Tempat Lawan Serta Merta