Ketua jurulatih sementara TRW Kelantan, Rezal Zambery Yahya dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih tetap bagi menghadapi saingan Liga Premier musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh Kelantan menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana pihak pengurusan berpuas hati dengan prestasi Rezal sejak mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih dari Marco Ragini.

β€œPihak Pengurusan TRW Kelantan FC merakamkan ucapan Tahniah kepada Rezal Zambery Yahya yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad The Red Warriors bagi menghadapi musim 2022.

β€œBeliau sebelum ini selaku pemangku Ketua Jurulatih bagi musim 2021 berjaya mambawa Kelantan FC ke saingan TM Piala Malaysia dan menduduki tangga ke-6 dalam saingan Liga Premier.

β€œSemoga dengan pelantikan ini membawa sinar baharu bagi musim hadapan dengan mangatur perancangan awal yang bakal dilakukan oleh beliau menjadi titik permulaan kebangkitan pasukan TRW Kelantan FC.

β€œPihak pengurusan mengharapkan dengan pelantikan beliau akan menaikkan semangat pemain serta pengalaman yang ada pada Coach Rezal akan dilaksanakan tugas dengan baik,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan pihak kelab.

Selain dilantik sebagai ketua jurulatih, pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham turut mengesahkan Rezal menjadi rakan perniagaan Zamburger Street Food.

β€œSetelah dilantik sebagai Ketua Jurulatih TRW Kelantan FC yang baru sebentar tadi , Coach Rezal Zambery Yahya juga diumumkan sebagai rakan perniagaan Zamburger Street Food dengan pemilikan perkongsian saham 70%,” kata Zamsaham di laman Facebook beliau.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Piala Malaysia 2021: Kuala Lumpur City Dihukum Bermain Tanpa Penonton

Nafuzi Zain: Terengganu Di Landasan Tepat Beri Saingan Buat JDT

JDT Nafi Tak Bayar Pampasan Perpindahan Akhyar Rashid, Tuduhan Sanusi Tidak Berasas