Pengendali Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya menyifatkan pasukan harus menerima kenyataan pahit selepas kekalahan 1-2 kepada Selangor FC 2 menyaksikan peluang semakin tipis untuk meraih trofi musim ini.

Beraksi di laman sendiri, anak buah Rezal gagal menggunakan kesempatan tersebut apabila ketinggalan dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Aliff Izwan Yuslan dan S. Sharvin.

Ghaffar Abdul Rahman cuba mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-76 tetapi ia masih belum cukup untuk menghalang skuad kendalian Rusdi Suparman itu daripada meraih kemenangan.

TRW Kelantan Untung Buat Kali Kedua Berturut-Turut

Satu keadaan yang cukup sukar untuk diterima apatah lagi dengan kemenangan Johor Darul Tazim II ke atas Terenganu FC II semalam meletakkan mereka kini di takhta liga premier dengan 39 mata.

Dan beliau tidak menolak pasukan mungkin merasa sedikit tertekan dengan misi untuk menjuarai liga sekaligus hilang fokus sehingga memberi ruang kepada pasukan lawan untuk mengejar.

“Memang kita rasai tekanan demi tekanan sejak bermula pusingan kedua liga sebab kita sentiasa berada di atas.”

“Kita memang tidak boleh buat kesilapan sebab pasukan lawan yang berada di bawah kita masing-masing ingin mengejar dan kenyataannya adalah mereka ingin kalahkan pasukan yang berada di atas.”

Kredit Foto: Malaysian Football League

“Jadi kesilapan kita adalah kita tidak dapat menyerap tekanan ini dan akhirnya membuat kesilapan.”

“Peluang masih ada tetapi sangat-sangat tipis, jadi kita kena segera perbaiki kesilapan yang telah dilakukan”, tambah Rezal Zambery lagi.

Kedudukan terkini Liga Premer menyaksikan JDT II selesa di takhta liga dengan 39 mata diikuti Kelantan FC di tangga kedua apabila dibezakan dengan tiga mata dan Kuching City FC di kedudukan ketiga.

Kredit Featured Image: Malaysian Football League