Kelab Bola Sepak Kelantan (TRW Kelantan FC) semalam mengumumkan bekas pemain kebangsaan, Rezal Zambery Yahya sebagai penolong ketua jurulatih yang baharu.

Beliau yang pernah bersama pasukan Kelantan FA (2001) sebagai pemain memiliki lesen Kejurulatihan AFC ‘A’, dilihat calon yang layak dan telah dipilih oleh pihak pengurusan untuk memikul tugas sebagai pembantu kepada Coach Marco Ragini.

Rezal yang pernah beraksi dengan Negeri Sembilan dan ATM turut menyifatkan pasukan  Kelantan mempunyai ramai pemain muda berbakat serta mampu membantu pasukan melakar kejayaan lebih gemilang.

“Semoga segala pengalaman dan ilmu yang saya miliki dapat dicurahkan kepada TRW Kelantan FC,” katanya.

Selepas sembilan perlawanan, Kelantan FC kini berada di tangga kelima carta Liga Premier dengan mengumpul 14 mata hasil daripada empat kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

UiTM Beri Peluang Kedua Kepada Frank Bernhardt Kendalikan Pasukan

Media Jepun Ini Dedahkan Honda Keisuke Terima Tawaran Untuk Beraksi Dengan Pasukan Selangor

Zainal Abidin Hassan Perlu Satu Lagi Kemenangan Untuk Terus Bimbing Melaka