Thai League 4 atau dikenali dengan nama rasminya Omsin League selepas Government Saving Bank (Omsin Bank) muncul sebagai penaja liga telah wujud kira-kira 19 tahun yang lalu.

Secara ringkasnya, saingan Thai League 4 merangkumi 6 buah kawasan (region) diseluruh Thailand. 6 buah region tersebut adalah;

  • Thai League 4 Northern Region (10 pasukan)
  • Thai League 4 Northeastern Region (13 pasukan)
  • Thai League 4 Eastern Region (8 pasukan)
  • Thai League 4 Western Region (9 pasukan)
  • Thai League 4 Bangkok Metropolitan Region (13 pasukan)
  • Thai League 4 Southern Region (7 pasukan)

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Thai League 4?

Saingan liga di setiap region mempunyai bilangan pasukan bertanding yang berbeza seperti dinyatakan diatas dan keseluruhannya berjumlah 60 pasukan.

Juara dan naib juara setiap liga diatas akan layak ke saingan Championship Stage, dimana pasukan yang layak ke peringkat ini akan dipecahkan mengikut 2 bahagian iaitu Upper Zone dan Lower Zone.

Upper Zone dan Lower Zone ini adalah berdasarkan lokasi pasukan tersebut dan jelas tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan permasalahan logistik pasukan serta bebanan kewangan diperingkat ini.

73202211_2562312337332936_6370403073768030208_o

Watbot FC layak ke saingan Thai League 3 2020 selaku juara Thai League 4 2019.

Juara bagi setiap bahagian Upper Zone dan Lower Zone akan beraksi dalam perlawanan akhir yang dikenali sebagai Champion Round bagi menentukan juara saingan Thai League 4. Kedua-dua pasukan juga sudah layak ke saingan Thai League 3 musim berikutnya.

Manakala bagi naib juara bagi kedua-dua Upper Zone dan Lower Zone akan bersaing dalam play-off bagi menentukan pasukan ditempat ke-3 seterusnya layak ke saingan Thai League 3.

‘Reserve Team’ Pasukan Dari Thai League 1 (T1) Dan Thai League 2 (T2).

Pasukan-pasukan yang bertanding dalam saingan Thai League 1 dan Thai League 2 dibenarkan untuk menghantar pasukan B atau ‘reserve team’ mereka dalam saingan Thai League 4.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh penganjur liga, reserve team ini tidak dibenarkan naik ke divisyen lebih tinggi walaupun mereka menjuarai liga Thai League 4.

Contoh: SCG Muangthong United (B) dan Bangkok United (B) tidak layak ke peringkat Champion Stage walaupun muncul sebagai juara dan naib juara liga Bangkok Metropolitan.

Namun mana-mana kelab yang berminat untuk menghantar pasukan mereka bersaing dalam Thai League 4 sebagai reserve team tidak boleh memandang enteng prestasi pasukan.

75492478_811117305978837_8517506002982010880_o

Muang Loei United juara play-off Thai League 4 2019, layak ke Thai League 3 2020 sebagai pasukan ke-3.

Ini adalah kerana mereka akan berdepan dengan penggantungan dari saingan Thai League 4 musim berikutnya jika reserve team mereka gagal menempatkan diri dalam kedudukan Top Half  liga region yang mereka sertai.

Sebagai contoh musim 2019 ini, ada 6 buah reserve team yang digantung penyertaan mereka bagi musim 2020 apabila gagal berada dalam Top Half liga region yang mereka sertai seperti;

  • Chiangrai United FC (B)
  • JL Chiangmai United FC (B)
  • Sukhothai (B)
  • Nongbua Pitchaya (B)
  • Ratchaburi Mitr Phol (B)
  • Air Force United (B)

Dari pemerhatian yang dapat dilakukan, pihak Thai League menetapkan peraturan seperti ini untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang tidak memberikan faedah kepada pasukan serta yang mampu menutup peluang pasukan lain untuk berkembang.

Ia juga dilihat mampu untuk membolehkan pasukan Thai League 1 dan Thai League 2 berfikir lebih panjang samada mahu menghantar pasukan dalam saingan Thai League 4 atau pun tidak jika mereka tidak mampu mempamerkan aksi yang berkualiti.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Video: Pemain Watbot FC Rembat Kepala Pemain Pattani FC Gaya ‘Muay Thai’ Dalam Play-Off Thai League 4

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Jaringan Gol Liga Thailand Ini Persis Teknik ‘Double Bicycle Kick’ Yang Pernah Dilakukan Oleh Captain Tsubasa

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group