Pemain pertahanan import dari Brazil, Renan Alves menandatangani kontrak lanjutan bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC sekaligus kekal bersama pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh Renan menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana musim 2021 bakal menjadi musim ketiga beliau bersama kelab dari utara tanah air itu.

Situasi Renan serta pemain import lain seperti Kipre Tchetche dan Kpah Sherman menjadi tanda tanya dimana ketiga-ketiga pemain ini dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan lain.

Namun, pengurusan pasukan memutuskan untuk mengekalkan tiga pemain import di atas bagi menghadapi saingan musim 2021 kerana sudah memahami percaturan yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

Renan Alves

Sumber Gambar: Kedah FA

Sepanjang beraksi bersama Kedah, Renan pernah membantu pasukan itu memenangi saingan Piala FA pada 2019 lalu dengan menewaskan Perak di pentas perlawanan akhir.

Musim lalu, Kedah menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua sekaligus bakal beraksi di pentas Piala AFC musim ini bersama satu lagi kelab iaitu Terengganu FC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kuching City FC Diperkuatkan Pemain Import Dari Brazil

Christian Panucci Bakal Dilantik Sebagai Pengendali Baharu Kelantan

Gagal Lengkapkan Dokumen Pelesenan Kelab, Melaka United Bakal Beraksi Di Liga M3?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group