Tugas berat sedang menanti skuad Helang Merah apabila bakal bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil tanpa khidmat dua tonggak pertahanan iaitu Rizal Ghazali dan Renan Alves untuk aksi final Piala Malaysia 2019 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kedua-dua pemain itu telah mengutip dua kad kuning ketika aksi suku akhir dan separuh akhir sekaligus terpaksa menyaksikan perlawanan akhir itu daripada bangku penonton.

Malang buat Alves, yang turut terlepas aksi final Piala FA, Julai lalu, dan kini beliau juga tidak dapat merasai pengalaman beraksi menentang JDT di hadapan puluhan ribu penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kehilangan Rizal dan Renan dalam final merupakan satu kehilangan yang besar.mSaya yakin pengganti mereka dapat memberikan satu keajaiban lagi buat pasukan Kedah mendakap satu lagi piala,” kata kapten skuad Lang Merah itu, Baddrol Bakhtiar.

5 Pemain
FOTO: Goal.com

Ketiadaan dua pemain itu pasti memberi kesan kepada benteng pertahanan Kedah kerana bakal berdepan pasukan yang dibarisi oleh ramai pemain berkualiti di bahagian serangan.

Penasihat Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC) Azman Ahmad yakin ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak mempunyai perancangan yang tersendiri untuk menampung ketiadaan dua pemain penting itu.

“Kami tetap yakin dengan perancangan dan kebijaksanaan Aidil dan barisan kejurulatihan Kedah dalam usaha mencongak strategi baharu yang diperlukan pada posisi berkenaan. Jika perancangan jitu Aidil mampu membawa Lang Merah beraksi cemerlang musim ini dengan menjulang Piala FA dan menewaskan Pahang untuk ke final Piala Malaysia, kami juga yakin dengan sebarang perubahan dalam perancangan yang akan dilakukan.

“Kedah tetap memiliki pemain yang mampu membawa cabaran dan sebagai penyokong, kami sentiasa berdiri teguh dalam apa juga keadaan.” katanya dalam Arena Metro.

72085470_2765507873481672_1655216211887128576_n
FOTO: FA Kedah

Seorang lagi penyokong iaitu, Fazli Mansor dari kelab Peminat Peminat Bolasepak Kedah (PBK) menyifatkan Aidil seorang jurulatih yang berpengalaman dan pasti mempunyai idea untuk mengekang kemaraan jentera serangan JDT dalam usaha meraih kejuaraan yang kedua musim ini.

“Beliau (Aidil) pastinya memiliki idea serta formula untuk mencongak strategi yang diperlukan jika ketiadaan Renan Alves dan juga Rizal Ghazali. Kami yakin beliau tahu apa yang perlu dikekalkan atau ditukar dan pastinya percaturan itu menjadi rahsia dan senjata utama buat Kedah.

“Apapun kami tetap mahu beliau dan pemain terus fokus dalam perancangan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini.” katanya.

Maklumat lanjut mengenai penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 bolah baca di sini:

Tiket Final Piala Malaysia 2019 Dijual Secara ‘Online’ Mulai Hari Rabu Ini

Sumber