Malam yang gila !! Skuad Harimau Malaya melakar kejutan apabila menewaskan Thailand, 2-1 sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah mereka dalam Kumpulan G kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Ini adalah kemenangan kedua Malaysia dalam tempoh seminggu selepas menewaskan pasukan di ranking 116 dunia, Tajikistan, 1-0.

Dalam perlawanan ini, Tan Cheng Hoe melakukan kejutan apabila menurunkan barisan pemain yang berbeza berbanding ketika menentang UAE dan Vietnam. Syahmi Safari menggantikan tempat Matthew Davies di posisi pertahanan kanan manakala Syamer Kutty berganding dengan Brendan Gan dan Azam Azih di bahagian tengah.

75144891_2501263246637091_7918910565488001024_o

FOTO: FAM

Sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula, Thailand terlebih dahulu menguji benteng pertahanan Malaysia menerusi kelincahan Chanathip Songkrasin, Supachok Sorachat dan Ekanit Panya.

Kerisauan penyokong negara terhadap benteng pertahanan akhirnya menjadi kenyataan apabila Chanathip Songkrasin menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 6 setelah menerima hantaran daripada Ekanit Panya.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia bangkit mengatur serangan dan memperolehi peluang terbaik melalui Syafiq Ahmad pada minit ke 10 hasil hantaran daripada Mohamadou Sumareh tetapi rembatannya lemah.

69846538_2501264459970303_2749715376605495296_o

FOTO: FAM

15 minit kemudian, Stadium Nasional Bukit Jalil bergegar dengan sorakan lebih 30,000 penyokong apabila pemain tengah Perak, Brendan Gan yang tidak dikawal berjaya menyamakan kedudukan kepada 1-1 setelah menyudahkan hantaran cantik daripada Syamer Kutty dari sebelah kiri.

Jaringan tersebut menyuntik semangat tambahan kepada anak buah Tan Cheng Hoe untuk terus mengandakan asakan dan Malaysia hampir menjaringkan gol kedua melalui rembatan Safawi Rasid pada minit ke 45 namun tersasar.

Memasuki separuh masa kedua, Malaysia tanpa membuang masa terus mengandakan asakan dan bermain dengan penuh keyakinan tinggi di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil yang lumayan pada minit ke 56 apabila Brendan Gan melakukan hantaran cantik yang bijak kepada Mohamdou Sumareh lalu disudahkan dengan rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Thailand, Siwarak Tedsungnoen untuk gol kedua Malaysia.

Thailand cuba mencari gol penyamaan tetapi mereka kelihatan mengalami kesukaran untuk beraksi di atas padang ‘cow grass’ ditambah pula dengan kecemerlangan benteng pertahanan Malaysia yang kerap menghalang kemaraan jentera serangan Thailand.

Malaysia hampir gigit jari pada minit ke 81 namun penjaga gol negara, Khairul Azhan cemerlang menepis rembatan Teerasil Dangda. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memberi kegembiraan kepada ribuan penyokong yang hadir.

3 KOMEN
  • Adnanma

    Team work yg padu…boleh di kemaskan lagi di bahagian Pertahanan..perancangan serangan yg terbaik..masih boleh diperbaiki..kombinasi 11 permain terbaik yg saya rasakan…keeper juga bermain cemerlang..Tahniah Harimau Malaya..anda boleh pergi jauh jika semangat juang yang Ada disetiap pemain pada malam ni di teruskan..Tahniah atas semua komitment Pemain dan Tak Lupa Tahniah keoada TCH.

  • Young boys

    Tahniah skuad negara!.cuma nak pesan Safawi perlu banyaj bermain sebagai team work dan bukan nya selfish. Harap player sebelum membuat rembatan atau sepakan kena fokua kat mana rakan anda berada. Good luck kt thailand nanti..

  • Mas Sam

    Kadang-kadang selfish itu ada kebaikannya KALAU kena pada tempat & kena tepat pada masa & kena tepat pada situasinya… Contohnya gol pertama & gol ke2 Sapawi Rasid semasa Malaysia vs Indonesia di SN Bukit Jalil pd 19 Nov.. Sapawi boleh saja hantar bola free kick kepada pemain lain.. Daripada dia bagi pada kawannya yg lain, baik dia try sendiri sesuai dgn bakat & skills free kick dia yg kini adalah pganti bakat free kick the legend Safiq Rahim..Gol ke2 Safawi Rasid tewaskan Yanto Basna tu pun, sebenarnya dia boleh saja hantar bola kepada pemain lain, tapi kerana sifat & sikap’selfish’ yg TEPAT pada masanya & TEPAT pada situasinya , MAKA ‘selfish’ itulah yg menghasilkan jaringan gol untuk Malaysia..

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group