Saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2021 (ACL) zon timur kini memasuki perlawanan ketiga namun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut memilih 5 jaringan terbaik dalam setiap perlawanan.

Paling menarik, rembatan padu pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez ketika menentang Ratchaburi FC pada 25 Jun lalu telah tersenarai antara 5 jaringan terbaik pada perlawanan kedua.

4 jaringan pemain yang lain yang turut  dipilih ialah Yoichiro Kakitani (Nagoya Grampus), Philip Roller (Port FC), Nguyen Hoang Duc (Vittel FC) dan An Yong-woo (Daegu FC).

Para peminat bola sepak di Asia diberi pilihan untuk mengundi jaringan terbaik diantara 5 pemain tersebut. AFC dijangka akan mengumumkan keputusan undian pada hari khamis (1 Julai 2021).

Mengikut kedudukan semasa undian tersebut, jaringan Nguyen Hoang Duc telah mendahului sebanyak 79% manakala An Yong-woo berada di kedudukan kedua dengan 6.37%. Leandro berada di kedudukan ketiga dengan undian sebanyak 6.02%.

Keputusan ketiga-tiga pemain ini boleh berubah dan hanya undian terbanyak yang akan menentukan pemenangnya.

Anda boleh mengundi jaringan Leandro melalui laman web AFC di sini, the-afc.com

Sebelum ini, beberapa pemain Malaysia yang lain pernah dicalonkan untuk gol terbaik AFC Champions League dan AFC Cup. Baca lebih lanjut melalui pautan bawah.

Gol Akrobatik Nguyen Van Quyet Tewaskan Safee Sali Dengan Kelebihan Undian Sebanyak 5%

Jaringan ‘Chips’ Piya Dipilih Antara 5 Gol Terbaik AFC Cup

Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019