Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang bekas wartawan pasukan kebangsaan Thailand, yang pada asalnya menyenaraikan Top 10 penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Thai League, membawa kepada satu lagi fakta yang mungkin boleh dikatakan cukup sukar untuk diatasi.

Berdasarkan senarai yang dibuat oleh lelaki yang menggunakan nama Ta Lao itu, penjaring terbanyak sepanjang zaman Thai League dipegang oleh bekas penyerang SCG Muanthong United, Cleiton Silva dengan 144 gol dicatatkan dari keseluruhan 240 perlawanan.

560000013044701

Menggunakan data tersebut, Cleiton Silva memiliki rekod goal ratio sekitar 60% yang boleh disifatkan sebagai sudah cukup bagus bagi seorang penyerang.

Berikut adalah senarai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Thai League mengikut data yang disediakan oleh Tha Lao;

Std Name Matches Goals Goal Ratio
1 Cleiton Silva 240 144 0.600
2 Heberty Fernandes 171 119 0.696
3 Teerasil Dangda 270 117 0.433
4 Dragan Boskovic 182 110 0.604
5 Pipob On Mo 404 108 0.267
6 Diogo Luis Santo 105 101 0.962
7 Sarayuth Chaikamdee 233 101 0.433
8 Mario Gjurovski 197 93 0.472
9 Kone 177 87 0.492
10 Teerathep Winothai 177 79 0.446

Namun, apabila melihat kepada bahagian ‘goal ratio‘ itu, kita dapat memerhatikan bahawa Diogo Luis Santo yang kini merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), memiliki rekod ‘goal conversion‘ yang paling tinggi dari semua 10 pemain terbabit.

Diogo Luis Santo yang beraksi untuk Buriram United sebelum ini, telah menjaringkan 101 gol dari 105 perlawanan sepanjang beraksi untuk kelab itu selama 4 musim dari tahun 2015 hingga 2018.

JDT-678×381

Dari 4 musim tersebut, 2 daripadanya iaitu pada 2015 dan 2018, Diogo berjaya mencipta rekod ‘goal ratio’ 1.03 untuk kedua-dua musim itu.

Jika diperhatikan, Buriram United mengalami penurunan prestasi dari tahun ke tahun selepas Diogo meninggalkan pasukan itu. Walaupun sudah ramai pemain yang dibawa masuk untuk mengisi kekosongan tersebut, namun Buriram United sehingga kini masih lagi gagal menemui mesin gol setaraf Diogo.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

BG Pathum United Catat Kehadiran Paling Tinggi Dalam Perlawanan Pertama Thai League 1 Musim 2020

FA Thailand Umumkan Hak Penyiaran Thai League Akan Dipegang Konsortium Syarikat Tempatan Dan Antarabangsa.

Lihat Bagaimana Majlis Pelancaran Thai League 2020 Berlangsung Dengan Penuh Gilang Gemilang

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group