Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru sahaja pemenang pertandingan rekaan logo baru pasukan Kelantan FC diumumkan, dan ia telah menjadi bualan hangat bukan sahaja penyokong pasukan itu tetapi turut menjadi perhatian pihak lain disebabkan kepala rusa pada logo itu dan bukan kijang.

Hari ini, logo yang diumumkan juara itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila rekaan kepala rusa itu dilihat mirip satu rekaan dilaman web ‘stock vector’ yang mungkin akan menimbulkan persoalan lebih hebat.

122506333_4582690725134732_1448374945000017377_o

Berdasarkan tinjauan dilaman web PNGTree, didapati imej kepala rusa itu masih ada dan boleh dibeli lesen untuk kegunaan, namun sejauh mana penggunaan lesen tersebut tidak dapat dipastikan.

pngtree

Adakah pemenang pertandingan rekaan logo baru Kelantan FC itu membeli lesen untuk tujuan tersebut atau tidak kini menjadi isu utama kepada peminat Kelantan khususnya untuk tahu dengan lebih lanjut.

Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang asing kerana sebelum ini juga kita telah menyaksikan beberapa pasukan lain turut mengalami isu yang sama berkaitan rekaan logo pasukan masing-masing.

Ada juga kemungkinan logo kepala rusa itu akan ditukar kepada kepala kijang yang menjadi simbol negeri Cik Siti Wan Kembang itu sejak sekian lama, namun segala terserah kepada pemilik pasukan untuk membuat keputusan.

Kemaskini 30/10/02020 7:33 malam: Pereka logo ada lesen.

No description available.

No description available.

No description available.

No description available.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

PBNP: Mohamadou Sumareh Didapati Bersalah Atas 4 Pertuduhan, Digantung 2 Tahun Dari Sebarang Aktiviti Bola Sepak

TMJ Hanya Mahukan Yang Terbaik Di JDT, Padang Stadium Sultan Ibrahim Dalam Proses Pembaharuan Besar-Besaran

Ketua Jurulatih Police Tero FC Jelaskan Faktor Kecergasan Punca Sumareh Tiada Dalam Senarai Pemain

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group