Bekas penjaga gol Liverpool, Pepe Reina menceritakan detik cemas sebaik sahaja beliau dijangkiti oleh koronavirus.

Reina kini bermain untuk Aston Villa, dipinjamkan dari AC Milan. Beliau mendedahkan pengalaman itu kepada Corriere dello Sport.

Reina telah dikuarantin di rumahnya selama 18 hari dan dilarang untuk bersentuhan dengan sesiapa sahaja.

Beliau kini sudah pulih sepenuhnya, tetapi Reina tetap tak akan lupa detik tersebut.

Pepe Reina berkata kepada Corriere: “Dari gejala pertama lagi, saya tidak ada keraguan, bahawa saya memang dijangkiti COVID-19.”

“Saya mengalami demam, batuk kering, dan sakit kepala yang tiba tiba. Saya juga merasa haus.”

“Detik paling saya takuti ketika itu apabila saya kekurangan oksigen selama 25 minit. Tekak saya seperti tersumbat dan udara tak dapat masuk.”

“Saya meluangkan masa 6 hingga 8 hari pertama kuarantin dengan terkurung dan terkunci di dalam bilik.”

Wabak Covid-19 telah memberikan impak yang besar kepada dunia pada hari ini.

Bagi Pepe Reina, beliau kini sedang bercuti daripada sebarang aktiviti bola sepak selepas liga utama di Eropah digantung sementara.

Reina ketika ini lebih menekankan aspek kesihatan berbanding dengan bola sepak.

Beliau faham impak secara ekonomi kepada industri bola sepak. Tetapi Reina juga mengingatkan bahawa, industri lain turut mengalami impak yang serupa.

Reina menambah: “Buat masa ini, bola sepak adalah perkara kedua. Saya tak kisah pun, sama ada kita akan kembali bermain atak tak. Paling penting ketika ini adalah kesihatan.”

“Saya faham ada impak yang besar kepada ekonomi dalam bola sepak. Begitu juga dengan sektor lain.”

Reina sempat juga berkongsi, detik paling gembira di dalam kariernya. Ternyata beliau memilih Napoli, dan bukannya Liverpool.

“Saya boleh katakan bahawa, saya tak pernah bermain sebahagia ketika saya di Napoli. Sepanjang 3 musim di bawah [Maurizio] Sarri.”

“Kami semua berlatih dan bermain dengan sangat bersemangat. Dan kami juga bermain dengan kualiti permainan bola sepak gaya Napoli.”

“Kita tak akan melihat pasukan yang bermain begitu lancar seperti itu lagi. Sarri telah menaikkan kami semua melepasi had kami.”

Lagi artikel menarik untuk anda baca sempena PKP COVID-19 ini seperti dibawah.

Benzema Tetap Anggap Giroud Gokart Walaupun Dikecam

Ini Beza Man Utd Dan Liverpool

Bagaimana Messi Menjadi Penggelecek Unggul Hanya Bersenjatakan Fake Body Feint