Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pihaknya akan menjadikan prestasi skuad Malaysia bawah 18 tahun (B-18) dalam kejohanan AFC B-19 sebagai kayu pengukur keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Hal ini kerana kebanyakan pemain dalam skuad itu merupakan bekas pelatih daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan beliau sedia menambahbaik program NFDP supaya dapat meningkatkan mutu bola sepak negara.

“Prestasi skuad B-18 akan menjadi kayu ukur memandangkan ramai pelatih daripada NFDP berada dalam skuad B-18. Sekurang-kurangnya ia akan memberi peluang saya membuat penilaian untuk merencana program di bawah NFDP,” kata Reezal Merican dalam Bernama.

Reezal-Merican-bernama_20200311
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. FOTO: Bernama

Kejohanan AFC B-19 akan berlangsung dari 14 hingga 31 Oktober ini di Uzbekistan dan ia menawarkan 4 slot automatik ke Piala Dunia B-20 pada tahun 2021. Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara, Qatar, Tajikistan dan Yaman.

Reezal turut mendedahkan beberapa individu berkelayakan serta mempunyai semangat tinggi bakal dibawa masuk ke dalam barisan kejurulatihan NFDP untuk mencurahkan pengalaman mereka.

Khabar angin di media sosial mengatakan bekas pemain negara, Khalid Jamlus bakal dilantik sebagai jurulatih penyerang dan membantu melahirkan lebih ramai pemain berbakat.

“Insya-Allah bulan ini saya akan buat mesyuarat NFDP yang pertama bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Daripada situ kita akan buat perhitungan dan akan ada satu atau dua perubahan…akan ada personaliti yang saya akan ambil untuk pastikan mereka yang benar-benar ada minat berada dalam NFDP.

“Saya bukan tahu segalanya tetapi saya perlukan semua orang yang mempunyai pengetahuan untuk dapat membantu saya,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

BG Pathum United Sasar Beraksi Di AFC Champions League Musim Hadapan

Penjaga Gol Kacukan Jepun-Perancis Ini Percaya The Samurai Blue Mampu Juarai Piala Dunia 2022

Real Madrid Mahu Takefusa Kubo Sertai Real Sociedad Walaupun AC Milan ‘Cucuk Rapat’ Bakat Jepun Ini