Serie A telah memutuskan untuk mengenakan penggantungan dua perlawanan ke atas Ante Rebic. Bermakna beliau akan terlepas aksi penting berdepan dengan Fiorentina Sampdoria.

AC Milan sangat memerlukan skuad yang penuh ketika ini kerana mereka sudah berada jauh di belakang Inter Milan. AC Milan tewas di tangan Napoli sebelum ini, dan sekarang mereka ketinggalan 9 mata di belakang Inter.

Lebih pedih, pemain yang dipinjam Napoli dari Inter iaitu Matteo Politano menjaringkan gol tunggal kemenangan pada hari tersebut.

Rebic dibuang pada masa kecederaan sebelum wisel penamat. Milan terus bergelut dengan prestasi dan mereka melepaskan kelebihan mereka pada Inter sebelum ini.

Siasatan mendapati Rebic telah mengeluarkan kata kata kesat kepada pengadil. Di mana dia menjerit: “Aku tengok mak engkau [pengadil] jadi pelacur di Naples.”

Rebic marah dengan pengadil yang menurutnya tidak adil kepada AC Milan. Selain daripada Rebic, Donnarumma juga didenda €10,000 kerana bersikap provokatif ke atas pemain Napoli dalam perlawanan yang serba serbi penuh tekanan buat Milan.

Ini bukan pertama kali Rebic dihukum kerana mulut celuparnya kepada pengadil. Ketika aksi terakhir beliau untuk Frankfurt pada 2019, Rebic dibuang padang ketika berdepan Strasbourg keran mencarut kepada pengadil.

Siasatan mendapati dia menggunakan kata kata kesat yang terlampau. Oleh kerana selepas itu Rebic berpindah ke Serie A, maka UEFA campur tangan untuk memastikan Rebic dihukum.

Rebi dikenakan penggantungan 5 perlawanan atas kesalahan, berkelakuan kasar dan menghina pegawai perlawanan.

Walaupun ganas di atas padang, di luar padang Rebic sangat berbeza. Di mana pada 2018 dia pernah membayar semua hutang orang kampungnya kira kira 500 isi rumah di Donji Vinjani yang kesempitan.

Rebic tidak pernah meminta media menceritakannya kepada umum kerana dia ikhlas. Dan ianya hanya diberitahu oleh pihak ketiga.

Ketiadaan Rebic pastinya dirasai AC Milan. Mereka kini semakin sukar untuk memintas semula Inter Milan.

Baca juga perkembangan lain

UCL: Zidane Puas! Real Madrid Lolos Ke Suku Akhir Pertama Kali Selepas 3 Musim

EPL: Kecederaan Rui Patricio Warnai Kekalahan Wolves Di Tangan Liverpool

Zidane Buka Pintu Untuk Cristiano Ronaldo Kembali Ke Bernabeu