Kelab divisyen kedua Liga Sepanyol, Real Zaragoza mengambil keputusan untuk melepaskan pemain skuad kebangsaan Jepun, Shinji Kagawa bagi memastikan perbelanjaan kelab terkawal.

Zaragoza gagal untuk melayakkan diri ke saingan La Liga musim hadapan dimana mereka hanya mampu menamatkan saingan Segunda Division di tangga ketiga. Di saingan play-off, skuad bimbingan Rubén Baraja tewas kepada Elche sekaligus terpaksa bersaing di divisyen kedua musim hadapan.

Akibat daripada kegagalan ini, Zaragoza enggan untuk mengeluarkan dana yang besar bagi menghadapi musim baharu dan mereka mahu melepaskan pemain yang bergaji tinggi, salah satunya ialah Kagawa.

Meskipun pihak kelab berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh Kagawa sejak menyertai kelab itu dari Borussia Dortmund pada awal musim lalu, namun Real Zaragoza tiada pilihan selain memastikan perbelanjaan kelab tidak melebihi dari apa yang mereka mampu.

Kagawa dikhabarkan mendapat tawaran dari kelab Turki dan juga Qatar selain dari kelab yang beraksi di Major League Soccer (MLS). Akan tetapi, pemain itu dikhabarkan mahu kekal di Sepanyol.

Baca artikel lain mengenai Shinji Kagawa dan pemain Jepun di Eropah di sini:

Shinji Kagawa Jaringkan Gol Pertama Untuk Real Zaragoza

Takefusa Kubo Sertai Villarreal Secara Pinjaman, Bakal Isi ‘Lompong’ Yang Ditinggalkan Santi Cazorla

Takefusa Kubo Ucap Terima Kasih Kepada Mallorca, Minta Maaf Gagal Bantu Kelab Kekal Di La Liga