Real Madrid membuat tawaran mengejut kepada pemain muda berbakat besar Eduardo Camavinga. Pemain ini dikaitkan dengan banyak kelab sebelum ini terutama sekali Manchester United dan PSG.

PSG dikatakan sudah bersedia untuk membawa pemain tersebut masuk pada hari terakhir perpindahan.

Namun Real Madrid bertindak dengan membida Eduardo Camavinga dengan harga €30 juta (£ 26 juta).

Real Madrid mahu menjadikan pemain 18 tahun Rennes itu sebagai pengganti jangka panjang untuk pemain tengah mereka Casemiro.

Real Madrid juga dikatakan menarik diri daripada mendapatkan Kylian Mbappe selepas tawaran mereka ditolak.

Dan seterusnya mereka bertindak menyambar pemain sasaran PSG.

Selain daripada PSG, Camavinga dikaitkan dengan Man United sejak awal jendela perpindahan ini. Ianya kerana pemain itu dianggap penyelesaian jangka panjang kepada masalah tengah defensif mereka.

Camavinga dianggap prospek berbakat besar yang melakukan penampilan pasukan senior pada usianya 16 tahun pada 2019.

Beliau menjadi pemain ketiga termuda membuat debut bersama Perancis pada September tahun lalu.

Ketika itu Rennes meletakkan tanda harga €100 juta (£ 86 juta). Membuatkan tiada pasukan berani membida pemain itu. Tanpa disangka, hanya dengan €30 juta, Real Madrid berjaya mendapatkan pemain muda itu.

Ini juga dibantu oleh faktor baki kontraknya yang hanya ada setahun sahaja lagi. Fabrizio Romano melaporkan bahawa Camavinga menolak tawaran daripada PSG dan Man United.

Baca juga artikel

Amaran Ole Kepada Penyerang Lain: “Ronaldo Bukan Dibeli Panaskan Bangku Simpanan”

Pochettino Sahkan Messi Sedia Debut Hari Ini Bergandingan Bersama Neymar Dan Mbappe

Serie A: Juventus Mulakan Pasca-Ronaldo Dengan Kekalahan Mengejut Di Tangan Pasukan Baru Naik