Manchester United kini terpaksa beraksi di pusingan playoff UEL yang sukar untuk mara ke pusingan 16 akhir.

Mereka akan menentang salah satu pasukan yang tercicir ke Liga Europa daripada Liga Juara-Juara pada Februari dengan Barcelona dan Juventus berpotensi menjadi lawan mereka.

Alejandro Garnacho menjaringkan gol tunggal perlawanan, pada aksi malam tadi di Arena Reale selepas hanya selepas 17 minit.

united playoff uel
Soccer Football – Europa League – Group E – Real Sociedad v Manchester United – Reale Arena, San Sebastian, Spain – November 3, 2022 Manchester United’s Alejandro Garnacho celebrates scoring their first goal with Cristiano Ronaldo REUTERS/Vincent West

Garnacho menerima assist daripada idolanya Cristiano Ronaldo yang kembali ke kesebelasan utama pasukan. Garnacho turut meraikan gol dengan gaya keraian gol terbaru legenda United itu.

Jaringan tersebut, membuatkan Garnacho, sekaligus mengatasi George Best sebagai penjaring termuda United yang bukan pemain Inggeris di peringkat Eropah pada usia 18 tahun.

Tetapi The Red Devils akhirnya mengeluh dengan kekalahan di tangan Sepanyol di Old Trafford pada hari perlawanan pertama sebelum ini.

Manchester United dan Real Sociedad terikat dengan jumlah mata yang sama. Dengan rekod head to head pun dikira seimbang kerana masing masing pernah menang 1-0 ke atas satu sama lain.

Kenapa United ke pusingan playoff UEL?

Real Sociedad berjaya menjadi juara kumpulan kerana kelebihan perbezaan gol. Sociedad ada perbezaan jaringan +8 berbanding United dengan +7.

Kegagalan mendapatkan kemenangan dengan margin 2 gol di Sepanyol membuatkan United kini beraksi di playoff pusingan kalah mati UEL.

โ€œAnda tidak selalu mendapat apa yang anda layak โ€“ itulah bola sepak,โ€ kata pengurus United, Erik Ten Hag, selepas tamat perlawanan.

“Kami menang hari ini tetapi sudah tentu kami kecewa kami tidak menjaringkan dua gol kerana itulah yang kami perlukan [untuk mengelak pusingan playoff dan mara secara automatik].”

Ini adalah potensi lawan Man United pada pusingan playoff nanti:

Arsenal mara

Arsenal tidak melakukan kesilapan yang sama dengan kemenangan 1-0 ke atas FC Zurich sudah cukup untuk mengatasi PSV Eindhoven untuk memenangi Kumpulan A.

Tetapi anak buah Mikel Arteta dipaksa bekerja keras untuk mendapatkan tiga mata selepas jaringan awal Kieran Tierney meletakkan mereka di depan.

Roma memenangi pertarungan mereka dengan Ludogorets Razgrad untuk mara ke pusingan playoff hasil gol separuh masa kedua di ibu negara Itali.

Dua penalti Lorenzo Pellegrini dan gol lewat dari Nicolo Zaniolo membawa anak buah Jose Mourinho ke pusingan playoff.

Feyenoord dan Midtjylland mara daripada Kumpulan F yang sangat sengit yang menyaksikan keempat-empat pasukan berakhir dengan lapan mata.

Gergasi Belanda itu menewaskan Lazio 1-0 di Rotterdam hasil jaringan Santiago Gimenez.

Midtjylland menewaskan Sturm Graz 2-0 hasil dua gol Anders Dreyer.

Union Berlin, Nantes dan Monaco juga menang untuk memastikan kemaraan mereka ke playoff.

Arsenal dan Sociedad akan disertai oleh Fenerbahce, Real Betis, Union Saint-Gilloise, Feyenoord, Freiburg dan Ferencvaros untuk mara terus ke pusingan 16 terakhir.