Real Madrid akhirnya menyesal dan mengakui mereka melakukan kesilapan besar menyekat perpindahan Gareth Bale ke China.

Pemain tersebut dibayar gaji £1 juta oleh Real Madrid.

Pada pra musim yang lalu berlaku isu tarik tali di antara Real Madrid dan Bale.

Bale awalnya enggan meninggalkan Real Madrid kecuali ada pasukan yang boleh membayarnya gaji yang sama dengan dia dapat di Real Madrid.

Pemain itu kemudian tidak berada dalam pasukan untuk persiapan pra musim. Zidane menegaskan bahawa Bale tiada dalam perancangannya dan diminta mencari kelab baharu.

Bale terus berkeras enggan berpindah. Beliau menyatakan dia akan terus kekal di Real Madrid walaupun dia terpaksa bermain golf sahaja.

Malah dalam satu perlawanan Bale dengan gembira mengangkat bendera tertulis, Wales, Golf, Madrid. Yang merujuk kepada senarai keutamaan beliau. Real Madrid adalah ketiga selepas Golf.

1_GettyImages-1183465932

Menjelang minggu terakhir perpindahan, Bale menerima tawaran lumayan daripada pasukan Liga Super China – Jiangsu Suning.

Zidane sudah menjangkakan pemain itu akan pergi. Namun malangnya Florentino Perez dilaporkan menghalang perpindahan itu kerana tidak mahu melepaskan Bale dengan percuma.

Perez kemudian menasihati Zidane untuk menyertakan Bale dalam pasukan mereka kerana berlaku krisis kecederaan dalam skuad.

Bale ketika itu agak marah dengan Real Madrid kerana ketika dia ada peluang pergi, dia tak dibenarkan pula.

Ketika dia cakap nak terus kekal, dia disuruh mencari kelab baharu.

Kelab China tersebut menawarkan kontrak 3 tahun kepada Bale. Tetapi malang sekali perjanjian itu gagal dimeterai.

The Telegraph mendakwa bahawa juara Sepanyol itu mengakui bahawa mereka melakukan kesilapan besar untuk tidak melepaskan Bale ketika ini.

Bekas bintang Tottenham itu hanya bermula14 perlawanan dalam semua pertandingan musim lalu dan telah bermain dua kali sejak sambungan semula musim pada bulan Jun.

Bale tidak akan tampil menentang Manchester City di Liga Juara-Juara kerana pemain sayap itu memberitahu Zinedine Zidane bahawa dia tidak mahu bermain.

Bercakap menjelang pusingan 16 terakhir mereka, Zidane mendedahkan: “Ini adalah perbualan peribadi saya dengan dia. Dia lebih suka tidak bermain.”

“Selebihnya masih ada antara saya dan dia tetapi dia mengatakan dia tidak mahu bermain.”

Zidane menjawab persoalan itu selepas ada pihak kehairanan, kenapa beliau meninggalkan nama Bale dan menyertakan nama Ramos untuk lawatan dengan kuota terhad ke Etihad. Sedangkan Ramos digantung perlawanan.

“Saya menghormati itu dan saya menghormatinya, seperti orang lain.”

“Dia lebih suka tidak bermain. Itu satu-satunya perkara yang dapat saya ceritakan. Kami semua ada di sini, bersiap sedia untuk permainan. Satu-satunya perkara yang kami tumpukan perhatian adalah permainan.”

Baca juga perkembangan lain 

Zidane Bawa Ramos Yang Digantung Tetapi Sisihkan Dalam Kunjungan Ke England

Lingard Boleh Cari Kelab Lain Kerana Sancho Dan Greenwood

AS Roma Dapat Pemilik Baharu Dengan Penjualan RM2.93 Billion, Berakhirnya Era Pallotta