Gol sendiri oleh Eder Militao membuatkan Real Madrid kalah di tangan Barcelona pada aksi separuh akhir pertama Copa Del Rey musim 2022/23.

Ianya minggu yang mengecewakan untuk Barcelona dalam UEL sebelum ini. Di mana mereka disingkirkan Manchester United. Kemudian kalah pula di tangan Almeria dalam aksi liga.

Membuatkan Xavi dengan terbuka menyatakan ketidakpuasan hatinya di atas prestasi pasukannya dan menggesa agar mereka bangkit ketika menentang Real Madrid dalam aksi Copa Del Rey.

Berbeza dengan Real Madrid yang cemerlang dalam aksi UCL. Menewaskan Liverpool 5-2 di Anfield selepas ketinggalan 2 gol. Seterusnya terikat 1-1 menentang Atletico Madrid.

Perlawanan ini sentiasa menjadi tumpuan ramai. Kerana statusnya. Perlawanan klasik antara 2 kelab yang terkenal di dunia berpangkalan di Sepanyol.

Aksi pertama antara kedua dua seteru el clasico ini berlangsung di stadium keramat Santiago Bernabeu, rumah kepada Real Madrid.

Di mana sebelum perlawanan, Xavi menyatakan, ketika dia bergelar pemain, dia akan sentiasa teruja beraksi dan menang di Bernabeu.

Barcelona kehilangan beberapa pemain penting mereka termasuk Robert Lewandowski, Ousmane Dembele dan Pedri.

Ianya jelas sekali bukan berita yang disenangi peminat mereka.

Membuatkan skuad Blaugrana bergelut untuk mencipta peluang. Mereka cuma melakukan 4 percubaan sepanjang 90 minit aksi.

Tetapi cukuplah dengan gol sendiri Eder Militao pada minit ke-27 untuk memberikan kelebihan agregat tipis dibawa ke Nou Camp selepas ini.

Seterusnya kualiti penyudah Real Madrid kali ini benar benar teruk. Mereka melakukan 13 percubaan dan tak satu pun yang tepat.

Ianya benar benar hari untuk dilupakan oleh Karim Benzema dan Vinicius Jr yang mengepalai serangan pasukan mereka.

Benzema yang masih lagi kecewa dengan kegagalan memenangi Anugerah Pemain Terbaik FIFA Best 2022, tidak dapat menjaringkan gol dalam aksi kali ini.

Barcelona dengan berbesar hati membawa pulang kemenangan 1-0 dari Bernabeu. Dan masih ada 1 lagi aksi untuk mereka dalam usaha mara ke final.

Aksi timbal balik akan berlangsung bulan depan. Yang akan menentukan siapa akan ke final menentang pemenang daripada 1 lagi separuh akhir melibatkan Osasuna dan Athletic Bilbao.