Real Madrid kini sedang mempertimbangkan untuk menamatkan musim ini bermain di stadium kecil yang digunakan oleh pasukan pembangunan mereka.

Hal ini kerana, selepas ini La Liga kemungkinan besar akan bersambung di dalam stadium kosong. Jadi, mereka merancang untuk tidak menggunakan Santiago Bernabeu yang ada 75,000 tempat duduk.

Sebaliknya Real Madrid akan bermain di stadium Alfredo Di Stefano yang hanya berkapasiti 6,000 tempat duduk.

Real Madrid sebelum ini mengumumkan pelan untuk menaik taraf Santiago Bernabeu.

Ketika ini kerja kerja tersebut sudah dilakukan dengan bahagian bumbung tingkat dua stadium sudah pun dirobohkan.

Real Madrid menyatakan bahawa, kualiti padang di Stadium Alfredo Di Stefano adalah sama dengan Santiago Bernabeu.

Dan mereka yakin ianya akan lulus piawaian La Liga berdasarkan kualiti padang dan saiz padang.

Selain itu, Florentino Perez juga yakin para pemain Real Madrid tiada masalah bermain di atas permukaan padang tersebut.

https://twitter.com/Realmadridplace/status/1252236736513454088

Dengan La Liga yang bakal bermain di dalam stadium kosong, inilah peluang Real Madrid untuk memulakan terus kerja-kerja penambahbaikan itu.

Projek bernilai £500 juta tersebut menyaksikan Santiago Bernabeu akan menjadi lebih canggih.

Pengurusan Real Madrid mahu menjadikan Santiago Bernabeu sebagai stadium 365 hari. Di mana ada kompleks beli belah barangan sukan, restoran serta pakej jelajah stadium seperti biasa.

Pengunjung juga akan ditawarkan pakej riadah dan hiburan di sekitar stadium.

Seterusnya, sistem pemanas / heater yang baru juga akan dipasang di dalam stadium.

Florentino Perez sudah berikrar untuk menjadikan Santiago Bernabeu sebagai stadium terbaik di dunia.  Dan kesemua kerja kerja penambahbaikan itu akan siap sepenuhnya menjelang Oktober 2022.

Di luar stadium, ianya akan dipasang dengan lampu seperti mana Allianz Arena di Bayern Munich.

Baca juga berita bola sepak yang lain:

Maguire: Man United Mahu Kejuaraan Liga Bukan Sekadar ‘Top 4’

Arsenal Capai Kesepakatan Potong Gaji Pemain 12.5% Namun Bersyarat

Barcelona Mahu Kante Tukar Dengan Coutinho