Baru-baru ini, Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan kepulangan semula ke Real Madrid – bergabung kembali dengan Zinedine Zidane.

Rumors itu menjadi semakin kencang apabila Juventus bakal berhadapan dengan kerugian yang besar kerana koronavirus.

Antara pemain yang mungkin terpaksa dilepaskan Juventus ialah Cristiano Ronaldo kerana gajinya yang sangat tinggi dan pada masa yang sama boleh mendapatkan dana untuk tambahan untuk kelab.

Cristiano Ronaldo menghadiri el clasico beberapa bulan lalu, membuktikan bahawa beliau masih sayangkan Real Madrid.

Beliau merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Real Madrid.

https://twitter.com/Benzemology/status/1247846590687002624

Ronaldo meninggalkan Santiago Bernabeu selepas Piala Dunia 2018. Beliau telah menjadi bintang utama di Juventus dan menjadi penjaring terbanyak The Old Lady pada musim debutnya.

Musim ini Ronaldo sudah menjaringkan 25 gol daripada 32 perlawanan untuk Juventus – sebelum liga ditangguhkan kerana koronavirus.

Kini Juventus tidak menolak kemungkinan akan terpaksa melepaskan Ronaldo dengan harga serendah €60 juta. Kurang €40 juta daripada apa yang mereka bayar kepada Real Madrid sebelum ini.

Namun begitu, Real Madrid dilaporkan tidak berminat untuk membawa pulang pemain tersebut.

Real Madrid sememangnya mahu menguatkan barisan serangan mereka. Selepas pemergian Ronaldo, mereka tiada pemaing yang konsisten menjaringkan lebih 20 gol semusim dalam liga.

Tetapi Real Madrid merasakan idea membawa balik Ronaldo adalah untuk jangka pendek. Ini mengambil kira faktor umur beliau yang sudah semakin menuju ke fasa akhir.

Malah, Real Madrid dilaporkan meletakkan Erling Braut Haaland sebagai keutamaan untuk dibawa masuk ke Santiago Bernabeu. Pemain yang memiliki klausa pelepasan sekitar €70 sahaja.

Selain daripaa Haaland, nama Sadio Mane juga terus dikaitkan dengan Real Madrid. Zinedine Zidane sudah lama mengidamkan khidmat Sadio Mane.

Real Madrid agak kecewa dengan prestasi Luka Jovic dan Eden Hazard yang mereka beli untuk musim ini. Ternyata dua pemain tersebut gagal untuk menepati ramalan dan harapan.

Eden Hazard baru baru ini mengakui bahawa musim ini adalah musim yang teruk buat beliau. Dan berjanji akan bangkit pada musim kedua.

Luka Jovic pula masih gagal untuk menjadi penyerang utama pasukan. Dan masih di belakang ‘F1’ – Karim Benzema.