Real Madrid mungkin sudah menerima hakikat bahawa pembelian Eden Hazard dan beberapa pembelian sebelum ini tidak memberikan hasil yang memuaskan.

Selain Hazard, pemain muda seperti Vinicius Jr dilihat masih gagal menepati harapan mereka agar pemain itu cepat menjadi pemain elit.

Real Madrid masih bergelut untuk mempertahankan kejuaraan La Liga mereka pada musim ini.

Dan kini, Marca melaporkan Real Madrid sedia untuk menambah 2 bintang besar, Erling Braut Haaland dan juga Kylian Mbappe ke dalam pasukan mereka.

Kehadiran 2 pemain ini pasti bukan petanda yang baik buat Eden Hazard. Kerana Mbappe sebelum ini sudah menyatakan beliau hanya mahu bermain di sayap kiri dan no.9 sahaja.

Jika Haaland menyertai Madrid sekali dengan Mbappe, sudah pasti posisi no.9 milik Haaland yang dilihat pengganti terbaik Karim Benzema. Sebelum ini Real mendapatkan Luka Jovic, tetapi gagal memberikan kesan kepada pasukan.

Haaland membuka segala kemungkinan dalam kariernya. Walaupun beliau selesa di Dortmund.

Selain daripada Real Madrid, Haaland juga menjadi pemain sasaran kelab seperti Manchester United, Chelsea, Barcelona dan juga Manchester City.’

Mbappe masih belum melanjutkan kontraknya di PSG. Beberapa tawaran oleh PSG sebelum ini masih gagal dimeterai kedua dua pihak.

Real Madrid musim ini tidak berbelanja untuk menjimatkan wang demi untuk merenovasi Stadium Santiago Bernabeu dan juga kesan daripada covid 19.

Baca juga perkembangan lain

Carlo Ancelotti: “Saya Nak Ajar Mereka Apa?

Ferdinand Kritik Layanan Ke Atas Van De Beek: “Kenapa Beli Dia?”

Turki Kejutkan Belanda 4-2, Burak Yilmaz Hatrik