Bintang pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger dilaporkan masih tidak mahu melanjutkan kontraknya dengan The Blues.

Kontrak semasa pemain itu sedang berada di tahun akhir. Dan beliau boleh pergi ke mana mana kelab secara percuma musim hadapan.

Real Madrid dikatakan antara destinasi pilihan Rudiger untuk menyertai David Alaba yang sebelum ini menyertai Los Blancos juga secara percuma.

Selain daripada Real Madrid, Bayern Munich juga berminat dengan Rudiger. Dengan ejen pemain itu sudah memberikan isyarat bahawa mereka sedia berunding dengan mana mana kelab.

Chelsea sudah menawarkan kontrak baharu kepada Rudiger namun ditolak oleh pemain itu. Chelsea menawarkan €6.5 juta semusim yang dianggap terlalu jauh daripada €10 juta yang diminta oleh Rudiger.

Rudiger menyertai Chelsea pada 2018. Beliau awalnya berdepan kesukaran terutama sekali pada era Frank Lampard di mana Rudiger disisihkan daripada skuad.

Namun kehadiran Tuchel telah membangkitkan kariernya dan menjadi salah seorang bek tengah terbaik Eropah ketika ini.

Real Madrid sangat berminat dengan Rudiger. Kerana jika mereka dapat pemain tersebut secara percuma, mereka akan mendapat manfaat untuk menggunakan wang mereka untuk memburu Mbappe.

Pada masa yang sama, Rudiger baru berusia 28 tahun berbanding dengan beberapa ejen bebas yang lain.

Baca juga artikel

Arteta: “Ini Bukti Apa Yang Pasukan Kami Boleh Lakukan”

Solskjaer Salahkan Pengadil Sahkan Gol Ofsaid Punca Kekalahan United

EPL: Penalti Fernandes Tersasar, Hause Kekal Wira Villa