Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Fenomena yang dipamerkan oleh bakat muda Jepun, Takefusa Kubo dalam saingan La Liga musim 2020 ini telah banyak menarik minat kelab-kelab besar di eropah untuk mendapatkan khidmatnya.

Lebih dikenali dengan panggilan ‘Take’, pemain berusia 19 tahun ini dibanjiri tawaran secara pinjaman dan kelab asal beliau – Real Madrid, dikatakan sudah mengenal pasti destinasi seterusnya untuk Take mengutip pengalaman sebelum dipanggil menguatkan skuad utama Los Blancos.

2 kelab yang dikatakan sedang mengetuai perebutan pemain itu adalah Real Sociedad dan juga gergasi dari Itali iaitu AC Milan.

Zvonimir Boban, Chief Football Officer kelab AC Milan sebenarnya telah turun ke Madrid bagi membincangkan perkara itu dengan lebih serius dan memberikan indikasi bahawa Rossoneri memang tertarik dengan Takefusa Kubo.

6f4385c4-ac8b-424a-88c3-999fc3c73a3d

Kedua-dua kelab itu berpeluang untuk layak ke saingan UEFA Champions League/Europa League, namun dengan Takefusa Kubo yang difahamkan tidak mahu meninggalkan Sepanyol, Real Sociedad dijangka bakal menjadi destinasi baru beliau musim hadapan.

Bekas produk La Masia yang fasih berturut bahasa Sepanyol itu juga dilaporkan bernilai €2 juta setahun sekiranya mana-mana kelab mahukan khidmatnya secara pinjaman.

Keputusan akhir sebenarnya berada ditangan Takefusa Kubo, dan apa yang lebih menarik beliau sangat komited dengan visi serta nasihat dari Real Madrid. Walaupun kelab akan menerima apa pun keputusannya, tetapi mereka juga tahu nasihat Real Madrid membawa pengaruh besar kepada keputusan akhir bekas pemain FC Tokyo itu.

Kubo mahu beraksi dalam saingan La Liga untuk meneruskan proses penyesuaian di liga yang dia mahu conquer.

Takefusa Kubo musim ini telah berjaya merekodkan 3 jaringan gol dan 3 bantuan gol kepada Mallorca dari 29 perlawanan dan kelab itu kini berada dikedudukan ke-18 La Liga dalam zon penyingkiran ke Segunda Division.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Brighton & Hove Albion FC Beri Pelepasan Untuk Jaami Qureshi Sertai Skuad AFC U19 Jika Dipilih Oleh FAM

Ini 2 Sebab Mengapa Malaysia Adalah Lawan Yang Paling ‘Sakit Kepala’ Untuk Park Hang-seo

“Pemain Asia Sentiasa Menjadi Mangsa Prejudis Di Eropah, Punca Utama Ramai Bakat Gagal Menyerlah” – Philippe Troussier

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group