Sheriff Tiraspol telah mencipta salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara Juara Eropah. Di mana kelab asal Moldova itu menewaskan juara 13 kali, Real Madrid 2-1.

Bertempat di Santiago Bernabeu, Sheriff mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi gol Jasurbek Yakhshiboev.

Real Madrid bergelut untuk menjaringkan gol penyamaan. Dan hanya mendapat gol itu pada separuh masa kedua menerusi penalti Karim Benzema.

Sheriff dilihat cuba sedaya upaya untuk membawa pulang 1 mata. Namun pucuk dicita ulam mendatang, apabila pasukan kerdil tersebut menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan menerusi Sebastian Thill.

Di mana Thill melakukan separa voli yang sangat cantik.

Lebih mengejutkan, Sheriff kini menjadi pendahulu kumpulan D di atas Real Madrid, Inter dan Shakhtar Donetsk.

Carlo Ancelotti menyatakan bahawa beliau agak sedih melihat pasukannya kalah, kerana menurutnya Real Madrid tidak berhak kalah perlawanan ini, sebaliknya mereka selayaknya menjadi pemenang.

Ancelotti berkata: “Saya agak sedih kerana saya rasa kami yang berhak menang.”

“Kamu boleh anggap kami bernasib malang hari ini, kami tewas, dan pada beberapa butiran kecil, mereka menjaringkan gol menerusi serangan balas dan lontaran ke dalam.”

“Kami ada lebih banyak percubaan ke arah gol namun kadangkala nasib menjadi penentu perlawanan.”

“Semua yang mereka lakukan serba menjadi, dan semua yang kami lakukan pula serba tak kena. Kami mengawal perlawanan, ada banyak peluang, dan kemudian mereka menjaringkan gol luar biasa.”

Baca juga artikel

CEO Dortmund Dedahkan Sancho Sertai Man United Demi Kesebelasan Utama England

ESL: UEFA Umum Tamatkan Tindakan Perundangan Ke Atas Real, Barca Dan Juve

Real Madrid Sedia Ikat Rudiger Secara Percuma