Real Madrid dan Manchester City dilaporkan memantau rapat perkembangan Reece James. Ini termasuk situasi kontraknya dengan Chelsea.

James menjadi pemain penting Chelsea terutama sekali di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Sudah tentunya Chelsea mahu pemain itu kekal lebih laman dalam pasukan mereka.

Real Madrid dan Man City kini sedia untuk memancing pemain bek kanan antarabangsa England, Reece James.

Kontrak semasa James masih ada 2 tahun setengah lagi. Dan dia menerima sekitar £70,000 seminggu di Stamford Bridge.

Jadi untuk melanjutkan kontrak James selepas ini, Chelsea pastinya sedar bahawa mereka harus menawarkan pakej yang sangat menarik kepada pemain itu untuk mengelakkannya tertarik dengan tawaran kelab lain.

Chelsea pastinya menarik nafas lega kerana kontrak James berbaki masih panjang. Ini kerana sebelum ini mereka kehilangan pemain seperti Antonio Rudiger kerana gagal melanjutkan kontrak pemain itu.

Salah satu sebabnya adalah kerana rundingan tiba tiba terpaksa dihentikan kerana kelab dikenakan sekatan.

Daily Mail melaporkan bahawa, Real Madrid dan Chelsea melihat situasi kontrak James dia Stamford Bridge sebagai agak tenang. Di mana Chelsea masih tidak memulakan sebarang langkah untuk menawarkan kontrak baharu kepada pemain itu dalam masa terdekat.

Ini kerana Chelsea dalam fasa peralihan pemilikan. Pemilik baharu masih lagi tidak bercakap tentang isu berkaitan lanjutan kontrak pemain pada masa ini.

James merupakan pemain dari graduan akademi Chelsea dan merupakan pemain kegemaran peminat di Stamford Bridge.

Real Madrid mencari pengganti jangka panjang untuk Dani Carvajal.

Begitu juga dengan Manchester City, di mana Guardiola memang antara pengurus yang sukakan bek sisi ofensif dalam koleksi pasukannya. Selain itu Pep melihat Reece James sebagai pengganti sempurna untuk Kyle Walker di masa akan datang termasuk di dalam skuad kebangsaan England.

James pemain yang boleh bertahan dan menyerang serta mencipta peluang gol menerusi hantaran lintang berkesan.