Beberapa pihak sudah mulai melabel Real Madrid sebagai juara La Liga kerana VAR – walaupun pasukan itu belum sah juara lagi.

Real Madrid kini hanya dibezakan dengan 1 kemenangan daripada kejuaraan La Liga pertama mereka sejak 2016.

Bintang Atletico Madrid, Saul Niguez tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya Real Madrid juara sebab VAR.

Walaupun Atletico Madrid dan Real Madrid musuh sebandar, namun Saul tidak menjadikan ia alasan untuk tidak memperakui kehebatan Real Madrid musim ini.

Saul berkata: “Jika Real Madrid juara musim ini, ianya kerana mereka berhak, bukannya sebab VAR.”

“Liga akan dijuarai oleh pasukan yang lebih baik dan mencipta keputusan positif secara konsisten.”

“Tambahan pula, selepas Liga ini berhenti seketika dan disambung semula, mereka benar benar menunjukkan prestasi cemerlang.”

“Topik VAR ini berbahaya kerana, sebelum ini, jika kita ragu, kita harus membiarkannya berlalu.”

“Pada hari yang lain, gol Morata untuk saya, secara jujur, tidak offside. Saya hanya melihat satu rembatan dan Morata adalah beberapa milimeter di hadapan.”

Saul kemudian menyatakan beliau lega kerana pasukannya sudah berjaya mara ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Atletico juga masih ada kempen UCL untuk mereka lalui selepas ini. Sebelum ini Atletico menewaskan juara bertahan, Liverpool di peringkat 16 akhir.

Baca juga perkembangan lain

Arsenal Tamatkan Aspirasi 100 Mata Liverpool

‘Saya Tinggalkan United Kerana De Gea Khianati Saya’

TERKINI: CAS Tolak Hukuman UEFA, Man City Tidak Bersalah