Rembatan deras dari luar kotak penalti oleh Marcus Rashford membolehkan Manchester United menang 1-0 ke atas Real Betis dan mara ke suku akhir Liga Europa dengan kemenangan agregat 5-1.

Real Betis melayan kunjungan Manchester United selepas kekalahan 1-4 pada aksi pertama.

Jurulatih Manchester United, Erik ten Hag menurunkan pemain sayap berusia 21 tahun, Facundo Pellistri, dalam barisan permulaan pertamanya untuk kelab itu di Seville, selepas beberapa penampilan cemerlang dari bangku simpanan.

Antony tidak dapat beraksi kerana sakit dan penyerang Argentina, Alejandro Garnacho diketepikan selama beberapa minggu kerana kecederaan buku lali.

Pemain muda Uruguay itu segera memberikan impak dalam perlawanan ini.

Wout Weghorst gagal menyempurnakan peluang miliknya ketika dia menyambut hantaran Casemiro.

Tuan rumah bertindak balas, dengan Juanmi menguji De Gea, tetapi gagal untuk menewaskan penjaga gol itu.

Peluang terbaik Real Betis adalah menerusi pemain veteran Joaquin yang berusia 41 tahun, namun percubaannya tersasar.

Juanmi mempunyai satu lagi peluang keemasan untuk mencetuskan kebangkitan Betis kembali ke dalam saingan, tetapi dinafikan oleh De Gea, yang pantas keluar dari kawasannya.

Pellistri hanya dibezakan beberapa inci daripada meletakkan United di depan beberapa saat sebelum rehat, dengan percubaannya terkena tiang dan Weghorst tidak dapat membelokkannya bola ke arah gol.

United tidak menghasilkan rembatan ke sasaran pada separuh masa pertama tetapi mendahului pada awal babak kedua, menerusi rembatan deras Rashford.

Penyerang itu, dalam prestasi luar biasa musim ini, terlepas dua peluang terbaik selepas rehat.

Tetapi pantas menebusnya dengan rembatan deras Rashford dari luar kotak penalti kali ini berjaya melepasi Rui Silva.

Ia adalah gol keenam Rashford dalam kejohanan itu dan gol ke-27 dalam semua pertandingan musim ini, dalam 43 penampilan.

Dalam kariernya, Rashford sudah menjaringkan 25 gol dalam pertandingan eropah untuk Man United. Menjadikannya pemain termuda melakukannya untuk Red Devils.

Tiada tambahan jaringan daripada kedua dua pasukan selepas itu.

Dengan Man United meraikan kejayaan mara ke suku akhir Liga Europa 2022/23.

Saksikan rangkuman aksi di sini: