Kehadiran pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Johan Cools dalam skuad Harimau Malaya nyata mendapat sambutan hangat daripada peminat bola sepak tanah air.

Ramai pihak teruja dengan kehadiran Dion yang mempunyai pengalaman luas beraksi di saingan bola sepak Eropah bagi membantu pasukan negara menghadapi baki saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula Khamis ini.

Namun satu lagi perkara yang menarik perhatian ialah respon daripada seorang pemain Malaysia yang beraksi di luar negara iaitu Wan Kuzain di laman media sosial Twitter miliknya.

Wan Kuzain hanya menggunakan emoji dan tidak begitu jelas apa maksud sebenar disebalik reapon beliau terhadap kehadiran Dion Johan Cools dalam skuad kebangsaan.

Wan Kuzain sebelum ini pernah berlatih bersama skuad B-22 tahun negara menjelang temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Akan tetapi, beliau tidak dipilih dalam skuad akhir yang beraksi di Filipina ekoran beberapa isu sekaligus tidak dapat beraksi bersama pasukan negara.

Setelah menyaksikan Dion Cools memilih Malaysia sebagai pasukan kebangsaan yang diwakili, mungkin perkara tersebut menarik minat Wan Kuzain bagi menjadikan skuad Harimau Malaya sebagai pasukan kebangsaan yang diwakili di pentas antarabangsa.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

TMJ Mainkan Peranan Penting Dalam Meyakinkan Dion Cools Untuk Memilih Malaysia

RASMI: FAM Umumkan Dion Cools Pemain Kacukan Terkini Sertai Kem Harimau Malaya Di UAE

Van Marwijk: “Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia Mungkin Adalah Satu Penipuan”