Sejak sepak mula perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 semalam, banyak mata yang tertumpu kepada kemampuan 3 pegawai perlawanan dari Jepun yang ditugaskan untuk mengendalikan perlawanan.

Ramai peminat bola sepak tempatan, mahu melihat apakah yang mampu dibawa oleh pengadil utama perlawanan, Takuto Okabe berdasarkan reputasi beliau yang gah serta kredibiliti 2 pembantu beliau digarisan tepi padang.

Takuto Okabe jelas menunjukkan bahawa beliau bukan seorang yang mudah ‘goyang’ dengan provokasi ‘Malaysia Style‘, dan kekal tenang mengendalikan 120 minit perlawanan.

pengadil jepun

Ada diantara para peminat bola sepak Malaysia yang telah memberikan komen yang positif selepas menyaksikan aksi beliau ketika separuh masa pertama sahaja dan sudah dapat melihat bagaimana seorang pengadil yang berkualiti mengendalikan perlawanan.

Kita ikuti beberapa reaksi dan komen peminat bola sepak mengenai prestasi Takuto Okabe semalam.

  1. Positioning, stamina, decision making ability, komunikasi dan self-controlĀ menjadi fokus kepada penonton perlawanan ini.

2. Tiada keputusan yang pelik dilakukan oleh pengadil.

https://twitter.com/EmirHakimi/status/1155124387554529281?s=20

3. Pengadil Malaysia patut belajar bagaimana untuk mengendalikan perlawanan dan membuat keputusan yang baik dan tegas.

4. Berjaya mengawal perlawanan dengan baik serta tidak mudah termakan provokasi pemain.

5. Pemain RESPECT pengadil dan pengadil RESPECT pemain. Game cantik, flow baik. No argument.

https://twitter.com/ShukorKort/status/1155172556581687296?s=20

6. 3 pegawai perlawanan itu jelas lebih tinggi tahap kualiti mereka berbanding pengadil tempatan. Perlawanan lebih menghiburkan.

7. Tiada kata-kata ‘pengadil bodoh’ dilemparkan oleh peminat walaupun mungkin ada beberapa bantahan. Pengadil menunjukkan konsistensi, accurate dan tegas. Tindakan yang bagus memilih mereka malam ini.

https://twitter.com/hzrhkamal/status/1155199360147132416?s=20

 

Komen-komen dari laman Facebook juga dibanjiri dengan maklum balas positif mengenai pengadil Jepun ini.

Rata-rata para peminat bola sepak menyatakan bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh Takuto Okabe cukup konsisten seolah-olah memiliki penglihatan yang cukup tajam.

Screenshot 2019-07-28 at 3.39.33 AM

Bukan sahaja pengadil utama menerima pujian, pembantu pengadil juga turut diperhatikan dan jelas mempamerkan kualiti yang dinantikan oleh peminat bola sepak Malaysia.

Screenshot 2019-07-28 at 3.41.24 AM

Banyak komunikasi dengan pembantu beliau sebelum membuat beberapa keputusan dan ini jelas kelihatan walaupun jika anda berada di stadium.

Screenshot 2019-07-28 at 3.46.38 AM

Anda boleh membaca profil semua 3 orang pengadil Jepun seperti yang kami keluarkan beberapa hari yang lalu untuk lebih kenal siapa mereka ini.

Jika berminat untuk memahami bagaimana struktur piramid pengadil Jepun, sila baca artikelĀ Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Struktur Piramid Pengadil Bola Sepak Jepun.

Mungkin ada yang kurang bersetuju untuk membawa pegawai perlawanan dalam saingan akhir Shopee Piala FA 2019 ini, tetapi selepas melihat apa kualiti dan perbezaan yang mereka pamerkan semalam, Takuto Okabe serta 2 pembantu beliau Yagi Akane dan Nomura Osamu jelas berada dalam kelas tersendiri yang mungkin boleh dijadikan rujukan para pengadil tempatan untuk terus maju.