Walaupun pada awal permainan semalam, Kemboja mempamerkan satu aksi bertenaga, namun akhirnya skuad kebangsaan Malaysia berjaya mengakhiri perlawanan kepada keputusan menang 3-1.

Keisuke Honda yang mengejutkan arena bola sepak antarabangsa baru-baru ini apabila bersetuju untuk muncul sebagai jurulatih skuad kebangsaan Kemboja mengalami kekalahan pertama dalam karier sebagai jurulatih.

Dalam satu sesi sidang media sejurus selepas perlawanan itu tamat semalam, portal tersohor Jepun, Asahi Digital berjaya mendapatkan respon dari Keisuke Honda mengenai perlawanan itu.

DmQIDMSUwAEgfk3

“Malang untuk kita kerana tewas, namun pada 30 minit pertama perlawanan kami berjaya mempamerkan satu aksi bola sepak yang terpuji. Semua pemain telah berjaya menterjemahkan idea dan falsafah bola sepak yang saya mahu terapkan selepas hanya seminggu bersama mereka.”

Keisuke Honda juga mengakui bahawa dalam separuh masa kedua, pemain-pemain Kemboja sudah hilang stamina untuk beraksi seperti dalam separuh masa pertama.

“Mana-mana pemain pun tidak mampu memberikan aksi yang sempurna dalam 90 minit permainan. Saya pun begitu. Ini adalah salah satu perkara yang akan kami perbaiki dan kembali dengan lebih kuat dimasa akan datang.”

“Saya bertanggungjawab penuh keatas kegagalan mencapai kemenangan malam ini, dan akan melakukan kajian penuh bagi mencari penyelesaian untuk bola sepak Kemboja.”

“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan komitmen dan aksi yang dipamerkan oleh semua pemain dalam perlawanan semalam.”

Sumber