Pengarah Sukan RB Leipzig, Markus Krösche tidak menyangka penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan akan menjadi pengganti kepada penyerang prolifik kelab, Timo Werner.

Krösche menyatakan pada mulanya kelab beranggapan mereka akan berdepan kesukaran mencari pengganti Werner kerana pemain itu mempunyai kualiti yang luar biasa.

RB Leipzig
Sumber Gambar: HITC

“Kami di RB Leipzig selalu mengatakan yang kami tidak akan menemui pengganti Werner kerana beliau merupakan pemain yang berkualiti.

“Hee-chan telah membuktikan kemampuan beliau untuk beraksi di peringkat tertinggi. Dia mempunyai kelajuan, bijak mencari peluang dan mampu untuk menjaringkan gol,” kata Krösche.

RB Leipzig
Timo Werner

Werner memutuskan untuk menyertai Chelsea pada saingan musim hadapan dan Hee-chan ditandatangani bagi menggantikan beliau.

Sepanjang beraksi bersama Red Bull Salzburg sejak musim 2018/2019, Hee-chan telah tampil dalam 126 perlawanan, menjaringkan 45 gol dan menyumbang 29 assist.

Baca artikel lain mengenai Hwang Hee-chan yang telah kami sediakan di sini:

Hwang Hee-chan Sah Sertai RB Leipzig, Bakal Sarung Jersi Nombor 11

Hwang Hee-chan Pilih Sertai RB Leipzig Berbanding Liverpool Dan Wolves

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Hwang Hee-chan